Mahathir hairan Anwar lantik Zahid, dakwa tak berpegang kedaulatan undang-undang

Dari Penulis

PENTADBIRAN Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan tidak berpegang kepada kedaulatan undang-undang atau rule of law selepas melantik Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berdepan kes mahkamah dalam barisan Kabinet.

Malah, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hairan dengan langkah Anwar memilih Ahmad Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Memetik laporan BH Online, Dr Mahathir turut menyifatkan tindakan tersebut sebagai janggal dan bertentangan dengan usaha kerajaan membersihkan negara daripada gejala rasuah dan kleptokrasi.

“Ya, betul belum dihukum tetapi orang ini sudah dihadapkan ke mahkamah, kalau kita ada orang sebegini jadi pemimpin, akan rosaklah negara kita.

“Saya berpendapat, kalau kita nak bersihkan negara kita, tidak boleh pilih orang yang semua orang berpendapat dia seorang yang melakukan jenayah.

“Jadi saya hairan bagaimana Anwar boleh pilih orang ini walaupun dia pemimpin parti tetapi dia menghadapi tuduhan di mahkamah. Ya betul tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.

Baca artikel berkaitan: Pelantikan Zahid ambil kira semua faktor – Anwar

“Tetapi kalau dia dihadapkan dengan satu-satu kes itu sudah menunjukkan dia (Ahmad Zahid) tidak layak jadi pemimpin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan buku 40 tahun Dasar Pandang ke Timur, hari ini.

Jumaat lalu, Anwar mengumumkan Ahmad Zahid dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri walaupun Presiden UMNO itu berdepan 47 pertuduhan rasuah dan pecah amanah melibatkan jutaan ringgit.

Bagaimanapun, Anwar dalam sidang media Isnin lalu mempertahankan keputusannya dengan mengatakan pelantikan itu mengambil kira semua faktor dalam situasi Kerajaan Perpaduan.

Perdana Menteri berkata, walaupun Ahmad Zahid berdepan dengan perbicaraan mengenai kes rasuah di mahkamah, namun beliau belum dijatuhkan hukuman.

Kata beliau, pada masa yang sama, Ahmad Zahid juga merupakan Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN).

Perdana Menteri menegaskan, tidak mempunyai masalah dengan mana-mana pihak yang mempertikaikan pelantikan Ahmad Zahid kerana itu adalah hak peribadi masing-masing.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemandu Lexus positif dadah rempuh remaja hingga maut

SEORANG remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) mewah yang terbabas ke laluan...

More Articles Like This