SELEPAS selepas proses pengiraan semua kertas undi di Parliman Padang Serai di Kedah malam ini, calon dari Perikatan Nasional (PN) memenangi kerusi tersebut memperoleh 51,637 undi dengan majoriti 16,260.
Calon PN, Datuk Azman Nasrudin menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Dr Mohamad Sofee Razak yang mendapat 35, 377 undi.
Apa yang menarik Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Sivaraj Chandran walaupun diumumkan menarik diri kerana memberi laluan kepada rakan kerjasama dari PH, tetap mendapat perhatian daripada pengundi dengan mendapat 2,983 undi.
Calon Pejuang Hamzah Abd Rahman mendapat 424 undi, manakala calon Bebas, Sreanandha Rao mendapat 846 undi dan calon Warisan, Mohd. Bakhri Hashim yang turut memberi laluan kepada PH mendapat 149 undi.
PRU15 di Padang Serai yang sepatutnya berlangsung pada 19 November lalu ditangguhkan susulan kematian calon disahkan bertanding iaitu M Karupaiya daripada PH.
Karupaiya, 69, meninggal dunia pada 16 November dipercayai akibat serangan jantung dan komplikasi kesihatan.
Padang Serai merupakan kawasan PH sebelum ini apabila calon PKR Karupaya Mutusami menang dengan majoriti 8,813 undi dengan memperoleh undian sebanyak 31,724 undi, menewaskan calon PAS yang peroleh 22,911 undi dan calon MCA peroleh 15,449 undi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

