Tun Mahathir sah letak jawatan Pengerusi Pejuang

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

Perkara tersebut diumumkan Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mukhriz, Pejuang menerima keputusan Dr Mahathir untuk berundur daripada jawatan berkenaan.

Bagaimanapun, bekas Menteri Besar Kedah itu memaklumkan, Dr Mahathir kekal sebagai ahli parti berkenaan.

Kata beliau, seluruh anggota Majlis Eksekutif Pusat dan ahli Pejuang seluruh negara menyanjung tinggi jasa, pemikiran, tunjuk ajar dan kepemimpinan Dr Mahathir sepanjang memegang jawatan Pengerusi.

“Penghargaan yang tidak terhingga kami ucapkan kepada Ayahanda Tun. Hanya Allah SWT sahaja yang boleh membalas jasa beliau kepada kami.

“Semestinya perjuangan, legasi dan semangat Tun akan diteruskan oleh Pejuang demi agama, bangsa dan tanah air,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Baca artikel berkaitan: Mahathir hairan Anwar lantik Zahid, dakwa tak berpegang kedaulatan undang-undang

Mengulas lanjut, Mukhriz berkata, Pejuang akan terus berusaha memastikan daya pemikiran, cara kepimpinan dan tumpuan kepada keberhasilan Dr Mahathir yang berteraskan prinsip dan nilai budaya murni diteladani oleh generasi pewaris perjuangan beliau.

“Kami percaya Tun akan terus memberi pandangan-pandangan membina dan kritis terhadap masa depan Malaysia sebagai seorang Negarawan unggul.

“Itulah yang diharapkan oleh semua penyokong-penyokong Tun termasuk seluruh warga Pejuang selama ini.

“Semoga Malaysia terus aman makmur lagi sejahtera hasil legasi Tun Dr Mahathir Mohamad. Insya-Allah,” jelas beliau.

Semalam, media melaporkan Dr Mahathir telah membuat keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Pejuang.

Perkara itu disahkan oleh sumber parti itu, bagaimanapun Dr Mahathir dikatakan akan kekal sebagai Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA).

Pejuang mencatatkan prestasi terburuk pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu apabila seramai 67 calon yang dipertaruhkannya hilang wang pertaruhan mereka, termasuklah Dr Mahathir dan Mukhriz.

Dr Mahathir mengalami kekalahan teruk di Langkawi dengan menduduki tempat keempat dalam pertandingan lima penjuru.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO berhak tentukan hala tuju sendiri menjelang pilihan raya – Asyraf Wajdi

UMNO menegaskan parti itu mempunyai hak mutlak untuk menentukan pendirian dan hala tuju politiknya sendiri menjelang mana-mana pilihan raya,...

More Articles Like This