Tanah runtuh Batang Kali: Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor diarah ketuai siasatan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KETUA Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib telah diarahkan untuk mengetuai siasatan berhubung kejadian tanah runtuh tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Batang Kali.

Perkara tersebut dimaklumkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani kepada pemberita di lokasi kejadian tanah runtuh itu sebentar tadi.

Bagaimanapun, Acryl Sani berkata, tumpuan pihaknya ketika ini adalah untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) sembilan lagi mangsa yang masih belum dijumpai.

Pada masa sama, kata beliau, polis juga sedang berusaha untuk mengenal pasti identiti kesemua mangsa yang terlibat dalam kejadian berkenaan.

Acryl Sani berkata, pengurus tapak perkhemahan itu juga masih belum hadir memberi keterangan kepada pihak polis.

“Sepatutnya petang ini tetapi dikatakan masih dalam perjalanan.

Baca artikel berkaitan: Tanah runtuh Batang Kali: Polis panggil pengurus tapak perkhemahan

“Namun, seperti yang saya cakap sebelum ini, kita bersetuju kita tumpukan kepada usaha mencari kesemua mangsa tetapi tidak bermakna siasatan tidak dijalankan.

“Saya telah mengarahkan OCCI (Ketua Jabatan Siasatan Jenayah) Selangor untuk mengetuai siasatan,” katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah dalam sidang media memberitahu pengurus tapak perkhemahan Father’s Organic Farm itu akan dipanggil bagi memberi keterangan berhubung kejadian tanah runtuh tersebut.

Suffian berkata, pihaknya akan melaksanakan tindakan susulan selepas keterangan diambil.

“Kita akan panggil pengurus tapak dan mengambil tindakan susulan. Itu dalam tindakan kita,” katanya.

Sehingga pukul 5 petang tadi, kejadian tanah runtuh itu telah mengakibatkan 24 nyawa terkorban dengan yang terbaharu merupakan seorang kanak-kanak perempuan yang ditemukan pada pukul 4.05 petang.

Seramai 61 orang telah berjaya diselamatkan manakala sembilan lagi belum ditemui.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO berhak tentukan hala tuju sendiri menjelang pilihan raya – Asyraf Wajdi

UMNO menegaskan parti itu mempunyai hak mutlak untuk menentukan pendirian dan hala tuju politiknya sendiri menjelang mana-mana pilihan raya,...

More Articles Like This