PERIKATAN Nasional (PN) akan memainkan peranan semak dan imbang sebagai pembangkang dalam memastikan tadbir urus kerajaan sentiasa berintegriti.
Jaminan itu ditegaskan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang turut mahu gabungan itu memastikan kerajaan bebas daripada unsur-unsur rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.
Menurut beliau, perkara itu juga selaras dengan prinsip prihatin, bersih dan stabil yang diperjuangkan PN.
Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh turut mengulangi pendirian bahawa ahli-ahli Parlimen PN akan memainkan peranan sebagai pembangkang berwibawa untuk membawa suara rakyat ke Parlimen.
Pada masa sama, kata beliau, PN juga terus komited memastikan kestabilan politik dan kesejahteraan hidup rakyat terjamin serta demokrasi terus subur.
Baca artikel berkaitan: Mesyuarat Jawatankuasa PN bincang usul undi percaya esok – Muhyiddin
“Alhamdulillah, hari ini saya bersama 73 lagi ahli Parlimen PN mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen Ke-15.
“Seperti yang telah saya tegaskan sebelum ini, ahli-ahli Parlimen PN akan memainkan peranan sebagai pembangkang berwibawa untuk membawa suara rakyat ke Parlimen.
“Kami (PN) akan memikul tugas semak dan imbang bagi memastikan tadbir urus kerajaan sentiasa berintegriti serta bebas daripada unsur-unsur rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Sementara itu, Muhyiddin turut mengucapkan tahniah kepada Datuk Johari Abdul yang dipilih sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baharu.
Beliau turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada bekas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun yang menjalankan tugas dengan cemerlang sepanjang perkhidmatan beliau, sebelum ini.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

