PEMBANGKANG diminta untuk tidak lagi memainkan isu keabsahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Perpaduan selepas ini.
Ini khususnya selepas Ahli Parlimen memberikan suara majoriti dalam usul undi percaya yang diadakan di Dewan Rakyat, petang semalam.
Penganalisis politik, Dr Syed Agil Syed Alsagoff berkata, sepatutnya pembangkang menggunakan peluang berada di Parlimen untuk mencadangkan usul undi belah bagi namun perkara itu tidak berlaku.
“Ini adalah kaedah pengundian yang dipersetujui oleh Parlimen bergantung kepada Speaker macam mana kaedah pengundian yang dibuat.
“Apabila kaedah pengundian itu diterima oleh Ahli-Ahli Parlimen, jadi benda ini tiada pertikaian. Tidak menjadi isu, (kalau pembangkang bantah) mereka boleh usulkan pada ketika itu.
“Jadi dia kena buat (bantahan) di situ dekat dalam dewan tak boleh dekat luar dewan,” katanya ketika dihubungi UtusanTv, hari ini.
Baca artikel lain: Khairuddin letak jawatan, Pejuang Wilayah Persekutuan bubar
Semalam, Anwar mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen sebagai Perdana Menteri ke-10 selepas usul undi percaya dibentangkan di Dewan Rakyat.
Usul undi percaya itu diluluskan dengan undian suara dan bukan undian belah bahagi seperti dijangka ramai pihak.
Susulan daripada itu, Anwar kekal memegang jawatan Perdana Menteri untuk memimpin Kerajaan Perpaduan.
Usul undi percaya dicadangkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dan kemudian dibahaskan oleh 12 Ahli Parlimen.
Dalam pada itu, Syed Agil tidak melihat tragedi pemerintahan 22 bulan bakal berlaku kepada Kerajaan Perpaduan kerana dinamik politik negara sudah banyak berubah.
Katanya, ketika Pakatan Harapan (PH) memerintah dahulu banyak isu dibangkitkan malah pada masa itu Barisan Nasional (BN) merupakan pembangkang yang kuat dan kini bersama mereka.
“Corak dia berbeza sebab 22 bulan itu banyak berlaku isu dan kemudian kali ini yang uniknya BN dah masuk ke dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Jadi saya tak fikir bahawa akan berlaku satu gelombang yang boleh terjadinya politik 22 bulan itu tetapi walau bagaimanapun Anwar kena berhati-hati,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram
FacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare