Tanah runtuh Batang Kali: Operasi SAR kesan tiga mangsa ditangguhkan sementara

Dari Penulis

OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) tiga lagi mangsa yang hilang dan dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Fathers’ Organic Farm di Gohtong Jaya, Batang Kali, hari ini ditangguhkan sementara waktu.

Bercakap kepada Bernama Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Suffian Abdullah berkata ia ditangguhkan pada 2.30 petang tadi ekoran hujan lebat di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK).

Baca artikel berkaitan: Tanah runtuh Batang Kali: Empat mayat dijumpai dalam satu khemah

Sementara itu, tinjauan Bernama di PKTK setakat 3.25 petang ini mendapati hujan masih berterusan dan kelihatan anjing-anjing unit K9 telah keluar dari kawasan SAR.

Setakat ini, tragedi berkenaan yang berlaku pada awal pagi Jumaat lepas telah meragut 30 nyawa, manakala 61 terselamat daripada keseluruhan 94 mangsa yang dilaporkan terlibat.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pas jangka gelombang penghijrahan ahli Bersatu – Annuar

PAS memberi bayangan kemungkinan berlakunya penghijrahan besar-besaran dalam kalangan ahli Bersatu susulan perkembangan politik semasa yang sedang dihadapi parti...

More Articles Like This