Kemeriahan Krismas bukti hak individu amal agama terus subur – Muhyiddin

Dari Penulis

TAN Sri Muhyiddin Yassin berkata, sambutan meriah Hari Natal di Malaysia pada setiap tahun membuktikan hak setiap individu untuk mengamalkan ajaran agama masing-masing secara aman dan harmoni terus subur.

Kata Pengerusi Perkatan Nasional (PN) itu, kemeriahan tersebut juga melambangkan keamanan dan keharmonian rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini.

“Perayaan ini yang saban tahun disambut dengan meriah melambangkan keamanan dan keharmonian rakyat pelbagai kaum dan agama di negara kita.

“Ia juga membuktikan hak setiap individu untuk mengamalkan ajaran agama masing-masing secara aman dan harmoni seperti yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan terus subur,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian dalam ucapan Hari Natal yang disiarkan dalam akaun Facebook beliau.

Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri pada sama mengucapkan selamat menyambut perayaan Krismas kepada semua penganut agama Kristian di Malaysia.

Beliau turut mengingatkan rakyat Malaysia yang mengambil cuti sempena perayaan Krismas agar berhati-hati di jalan raya.

“Bagi yang mengambil cuti sempena perayaan Krismas, berhati-hati di jalan raya. Semoga anda semua selamat tiba di destinasi masing-masing,” tambahnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

SPRM tahan 73 individu kes tuntutan Daya Kerjaya 2.0 bernilai RM9 juta

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman 73 individu yang terdiri daripada ejen dan pemilik syarikat kerana disyaki...

More Articles Like This