GERAKAN nafi PN parti ekstremis

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

PRESIDEN GERAKAN, Datuk Dr Dominic Lau menegaskan bahawa Perikatan Nasional (PN) bukanlah parti ekstremis seperti mana didakwa oleh DAP, sebaliknya mendakwa UMNO yang membawa agenda tersebut.

“Kenyataan Lim Guan Eng yang mengatakan bahawa Perikatan Nasional adalah parti ekstremis adalah tidak benar. Tetapi parti ekstremis yang sebenar adalah UMNO.

“Setelah bertahun-tahun Presiden DAP, Lim Guang Eng dan bapanya Lim Kit Siang mencaci UMNO, kini bolehkah DAP menafikannya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, Pengerusi DAP, Lim Guan Eng dilaporkan mendakwa, PN mengambil sikap perkauman dan ekstremis berdasarkan kenyataan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang kesal dengan peratusan keluar mengundi orang Islam dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Baca artikel lain: Tanah runtuh Batang Kali: Operasi SAR ditamatkan secara rasmi 12 tengah hari – KPN

Katanya, bukan Islam tidak memusuhi Islam, sebaliknya penentangan terhadap PAS disebabkan parti itu yang dilihat terus mengancam dan mengurangkan hak asasi termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan serta campur tangan dalam gaya hidup orang bukan Islam.

Pada masa sama, Dominic turut menempelak Guan Eng yang menuduh GERAKAN sebagai ‘Boneka Rakan Sejenayah PAS’.

Sedangkan katanya, DAP yang banyak bekerjasama dengan PAS iaitu sejak 1999 dengan kali pertama digandingkan dalam Barisan Alternatif.

“Seawal tahun 1999, buat kali pertama DAP bekerjasama dengan PAS dalam Barisan Alternatif. Pada Pilihan Raya Umum ke-12, DAP sekali lagi bersama dengan parti PAS dan PKR untuk menubuhkan Pakatan Rakyat bagi bekerjasama dalam politik selama tiga tahun.

“Adakah Lim Guan Eng lupa bahawa DAP pernah bekerjasama dengan PAS? Sekurang-kurangnya GERAKAN tidak sombong dan hormat dengan PAS.

“Ketika PAS mencadangkan RUU355, Lim Guan Eng kata ‘let it pass first’. Manakala Anthony Loke, Setiausaha Agung DAP kini kata, ‘tidak perlu takut dengan hukuman yang telah ditetapkan dalam hudud”,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO berhak tentukan hala tuju sendiri menjelang pilihan raya – Asyraf Wajdi

UMNO menegaskan parti itu mempunyai hak mutlak untuk menentukan pendirian dan hala tuju politiknya sendiri menjelang mana-mana pilihan raya,...

More Articles Like This