SEORANG remaja berusia 16 tahun membuat laporan mendakwa dirogol pegawai polis berpangkat inspektor di sebuah balai polis di Kedah pada Rabu lalu.
Gadis tersebut yang membuat laporan tiga hari kemudian mendakwa dirogol oleh pegawai polis berusia 30-an ketika berada di bilik pejabatnya di salah sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah di negeri tersebut pada kira-kira 6.30 petang.
Memetik laporan Harian Metro, mangsa pada mulanya dipanggil pegawai polis terbabit ke IPD untuk membantu siasatan kes rogol membabitkan dirinya yang dikatakan dilakukan bapa tirinya.
“Ketika berada dalam bilik, inspektor berkenaan yang juga pegawai penyiasat kes membabitkan remaja perempuan itu memberitahu dia mahu membuat pemeriksaan pada kemaluan mangsa.
“Mangsa sedang duduk di kerusi dan pegawai berkenaan memintanya mengangkang untuk memudahkan pemeriksaan terhadapnya,” kata akhbar itu yang memetik sumber.
BERITA BERKAITAN Lelaki rogol anak tiri berusia 13 tahun sejak tahun lepas ditahan
Sumber itu berkata, inspektor terbabit kemudiannya memegang kemaluan mangsa dan memintanya baring atas katil di bilik itu dalam keadaan bogel.
Tetapi pada masa sama, katanya, pegawai polis itu gagal mengawal nafsunya dan merogol mangsa.
“Pegawai polis berkenaan memberi alasan alat yang digunakan untuk membuat pemeriksaan ke atas mangsa gagal berfungsi dengan baik.
“Walaupun takut, mangsa tidak dapat berbuat apa-apa dan hanya mampu membiarkan tubuhnya dinoda inspektor berkenaan.
Menurut sumber itu, mangsa mendakwa kejadian itu berlaku hampir 30 minit, sebelum diminta memakai pakaian semula, selain diberitahu kes itu belum selesai serta diarahkan kembali untuk siasatan.
Katanya, mangsa yang sudah tidak bersekolah dipanggil ke IPD memberi keterangan dan menjalani pemeriksaan di hospital, susulan laporan dibuatnya Sabtu lalu.
“Sepasukan polis unit forensik yang menjalankan siasatan di lokasi kejadian turut menemui beberapa kesan dipercayai air mani pada cadar serta sarung bantal.”
Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani mengesahkan laporan itu dan penahanan pegawai terbabit, tetapi enggan mengulas lanjut memandangkan siasatan masih dijalankan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

