PELAKON, Puteri Sarah Liyana bersetuju dengan sebuah artikel yang baginya boleh dijadikan panduan serta pengajaran kepada pasangan suami dan isteri yang rumah tangganya diuji dengan dugaan.
Meskipun perkongsian artikel yang dimuat naik di Instagram Story miliknya itu tidak ada kaitan dengan hidupnya, namun Puteri Sarah menganggap penulisan artikel itu perlu di pandang serius khususnya buat golongan wanita yang sudah berkahwin.
“Ada netizen beri artikel untuk saya baca. Sesuatu untuk direnungkan juga pada semua. Ini kisah hidup orang lain, bukan saya. Tapi nombor empat (merujuk kepada sikap suami sebelum dan selepas kahwin) itu sangat betul,” tulisnya.

Malah, menerusi artikel sama itu juga, Puteri Sarah turut menasihatkan golongan wanita di luar sana untuk berusaha mencari kewangan sendiri selain untuk tidak membiarkan diri terus mudah dipijak pihak lain.
ARTIKEL BERKAITAN: Syamsul Yusof nak saman Jawi RM10 juta, Puteri Sarah desak dedahkan cerita sebenar , Syamsul Yusof akan beri titik noktah berkenaan krisis rumah tangganya dalam masa terdekat
“Jangan jadi terlalu baik sampai orang pijak kepala. Ada masa kau kena pejam mata dan tegas je dalam sesuatu.
“Isteri kena bekerja supaya bila jadi macam ini kita tak terkontang-kanting. Kita masih ada kewangan sendiri.
“Ketahui hak kamu sebagai seorang isteri dan cari cara pertahankan hak itu. Hiduplah untuk diri sendiri.
“Hidup ini singkat je jadi buatlah semua benda yang boleh bahagiakan diri dengan bebas tanpa rasa terikat,” kongsinya.


