Hamidin jumpa PM, kongsi hala tuju bola sepak

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PRESIDEN Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, hari ini.

Pertemuan berlangsung selama satu jam itu bagi berkongsi agenda terkini hala tuju industri bola sepak tempatan.

Pada masa sama, Hamidin dalam kenyataan memaklumkan, beliau turut berkongsi persiapan skuad Harimau Malaya yang akan berdepan perlawanan separuh akhir pertama menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), esok.

Menurut Hamidin, beliau juga memaklumkan tentang persiapan skuad kebangsaan untuk menghadapi Piala Asia pada bulan Januari 2024 yang mana Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon layak secara merit selepas tempoh 43 tahun.

“Saya juga menzahirkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Anwar atas kesudian Perdana Menteri meluangkan masa membincangkan beberapa agenda penting bola sepak negara terutama perlawanan utama membabitkan skuad kebangsaan.

Baca artikel berkaitan: TMJ tawar Harimau Malaya guna Stadium Sultan Ibrahim

“Pertemuan ini amat bermakna bagi kami dalam merencana hala tuju masa depan bola sepak negara terutama menjelang perlawanan penting Harimau Malaya, esok.

“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, kerana memberi saya ruang berkongsi visi dan misi FAM, F:30 serta perkembangan pembinaan ibu pejabat baharu FAM dan pusat latihan kebangsaan di Putrajaya,” katanya dalam kenyataan itu.

Hamidin turut berbesar hati dengan Perdana Menteri yang pernah menyandang jawatan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan pada tahun 1983 yang menyuarakan sokongan padu buat bola sepak negara.

Pertemuan dengan Perdana Menteri itu turut dihadiri Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman yang memaklumkan perkembangan terkini bola sepak wanita, futsal, bola sepak pantai dan pembangunan pengadil.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO berhak tentukan hala tuju sendiri menjelang pilihan raya – Asyraf Wajdi

UMNO menegaskan parti itu mempunyai hak mutlak untuk menentukan pendirian dan hala tuju politiknya sendiri menjelang mana-mana pilihan raya,...

More Articles Like This