Gambar Twitter [email protected]

KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) menegaskan Projek pembinaan kapal peronda luar pesisir pertama (OPV 1) milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) perlu disiap pada Mac tahun ini seperti ditetapkan dalam komitmen asal.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata beliau dan timbalannya Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah akan mengikuti perkembangan projek itu secara dekat untuk memastikan pembinaan kapal berkenaan siap dalam masa ditetapkan.

“Namun, jujurnya saya fikir mereka masih perlukan tempoh lagi selepas Mac (tarikh sepatutnya siap kapal OPV 1), (tetapi) tidak lama, tahun ini perlu ada.

“Saya menyebut dengan jelas pendirian kerajaan supaya tarikh serahan ini tidak diubah atau dilanjut pada tempoh yang panjang atas alasan yang kita tidak boleh kompromi,” katanya kepada media selepas meninjau pembinaan kapal OPV 1 di Pulau Indah, hari ini.

BERITA BERKAITAN Penyiapan kapal pertama LCS tidak libat suntikan dana baharu

Media melaporkan kerajaan menyuntik pinjaman berjumlah RM152.6 juta untuk memastikan projek kapal OPV 1 milik APMM disiapkan tahun ini dan projek itu kini diambil alih Kementerian Kewangan.

Justeru, Saifuddin berkata peruntukan tambahan tersebut diharap dapat membantu untuk menyiapkan projek tersebut dalam masa ditetapkan

“Semua komponen utama sudah (dipasang), akan ada bot pengiring sampai. Semuanya tersangkut kerana aspek bayaran.

“Tapi dengan suntikan baharu, saya harap aspek itu tidak menjadi masalah,” katanya.

Sementara itu, Saifuddin turut memaklumkan pembinaan kapal OPV 2 dijangka siap pada Oktober depan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram