Anwar restu, seru perkukuh kepimpinan Hajiji

Dari Penulis

KEHADIRAN Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Sabah malam tadi sedikit sebanyak meredakan suhu politik di negeri bawah Bayu tersebut yang ‘panas’ dengan isu perebutan jawatan Ketua Menteri.

Ia apabila Perdana Menteri secara terbuka menyatakan sokongan dan merestui kepimpinan Datuk Seri Hajiji Noor untuk kekal sebagai Ketua Menteri Sabah.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) juga mahu kerajaan Sabah untuk kekal kukuh di bawah kepimpinan Hajiji, yang dilihat diasak bertubi-tubi untuk melepaskan jawatan sebagai Ketua Menteri.

“Kita beri ruang kepada Ketua Menteri (Hajiji) berbincang dan mencari satu formula terbaik untuk kebaikan Sabah,” katanya memetik laporan Bernama.

Baca lagi: Hajiji dakwa dapat sokongan 44 ADUN Sabah

Semalam, Anwar bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengadakan pertemuan kira-kira 40 minit dengan Hajiji dan wakil rakyat blok kerajaan di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya.

Anwar mengucapkan terima kasih kepada Hajiji dan wakil rakyat di Sabah yang hadir dalam pertemuan itu bagi mendengar pandangan demi kebaikan negeri.

Jumaat lepas, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin mengumumkan pendirian UMNO dan BN Sabah menarik sokongan terhadap Hajiji susulan hilang kepercayaan terhadap kedudukan beliau sebagai Ketua Menteri selain perjanjian antara BN dan Perikatan Nasional telah dilanggar.

Dalam pada itu, Anwar berkata kerajaan Sabah mempunyai perkara penting iaitu pembentangan usul penyerahan kuasa kawal selia bekalan gas di Dewan Undangan Negeri Sabah dalam usaha mengembalikan hak negeri itu.

“Satu Rang Undang-Undang penting (akan dibentangkan) untuk mengembalikan hak Sabah yang saya usulkan kepada Jemaah Menteri dan ini perubahan besar dan bagi saya (adalah) keutamaan,” katanya.

Kerajaan Sabah akan membentangkan usul bagi menerima penyerahan kuasa kawal selia bekalan gas daripada Kerajaan Persekutuan pada Persidangan Khas Dewan Undangan Negeri yang dijadual berlangsung esok (10 Jan) pada pukul 10 pagi.

Hajiji sebelum ini berkata perkara tersebut telah lama diperjuangkan pemimpin Sabah dan langkah itu dilihat signifikan dalam merealisasikan tuntuan negeri berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Pada 21 Dis, Anwar mengumumkan kerajaan Persekutuan bersetuju memindahkan kuasa kawal selia bekalan gas di Sabah kepada kerajaan negeri dan perkara itu dipersetujui sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menghormati MA63.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This