DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab selepas mengatakan pendakwaan ke atas Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai pendakwaan ‘politik dan terpilih’.
Setiausaha Agung Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Amir Abd Hadi menegaskan, kenyataan Ahmad Zahid memberi gambaran seolah-oleh keputusan panel lima hakim Mahkamah Persekutuan berhubung kes SRC International Sdn. Bhd dibuat secara tidak adil.
Malah, Amir berkata, kenyataan sedemikian juga boleh membawa implikasi terhakisnya kepercayaan rakyat terhadap institusi kehakiman negara.
Menurut beliau, Ahmad Zahid juga telah membina persepsi buruk terhadap kerajaan.
“Ahmad Zahid bukan sahaja merupakan Presiden UMNO, malah Timbalan Perdana Menteri dan bukan ahli Parlimen pembangkang.
“MUDA sebagai parti yang mendukung kerajaan hari ini akan berusaha memastikan tidak ada sebarang campur tangan politik ke atas kes-kes yang sedang dibicarakan.
Baca artikel berkaitan: Ahmad Zahid bawa UMNO makin merudum hanya persepsi
“Parti ini juga akan memastikan sekiranya terdapat sebarang unsur-unsur campur tangan yang jelas, didedahkan kepada umum,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jumaat lalu, Ahmad Zahid dalam ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022, mengulangi pendirian parti itu mendesak Najib diberi keadilan di mahkamah dan menegaskan bekas Perdana Menteri itu dikenakan pendakwaan politik dan terpilih.
UMNO kini adalah sebahagian daripada kerajaan perpaduan selepas menjalin kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH), parti yang kuat mendesak supaya Najib dihadapkan ke mahkamah susulan kontroversi penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Najib sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang selepas gagal dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan bagi mengetepikan sabitan, hukuman dan denda RM210 juta pada 23 Ogos lalu.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

