UMNO menyifatkan tindakan ahli politik ekstremis Denmark-Sweden, Rasmus Paludan yang membakar al-Quran di hadapan Kedutaan Turkiye di Stockholm, kelmarin sebagai tidak menghormati masyarakat Islam seluruh dunia.
Pada masa sama, UMNO turut mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan ahli politik itu yang disifatkan sebagai tindakan keji.
Malah, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, ia merupakan tindakan provokasi yang sangat jelas kepada masyarakat Islam.
Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, UMNO turut menggesa Kerajaan Sweden untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap kebencian yang mengerikan terhadap Islam itu.
“Tanpa mengira niat sebenar beliau, tindakan keji oleh Paludan adalah provokasi yang jelas dan sangat tidak menghormati masyarakat Islam di seluruh dunia.
Baca artikel berkaitan: Yadim, Lim Kit Siang kutuk tindakan bakar al-Quran di Sweden
“Paludan juga telah menyalahgunakan hak kebebasan bersuara dengan ketara dan dengan berbuat demikian, menjejaskan semangat hidup bersama secara aman dalam dunia berbilang agama,” tegas beliau dalam kenyataan hari ini.
Kelmarin, pemimpin berhaluan kanan parti Stram Kurs itu membakar al-Quran di hadapan Kedutaan Turkiye selepas mendapat permit kerajaan Sweden dengan dikawal ketat pasukan polis.
Aksi biadab Paludan yang turut menghina Islam itu menyebabkan Turkiye bertindak balas membatalkan lawatan Menteri Pertahanan Sweden, Pal Jonson ke negara berkenaan.
Beberapa negara Islam lain juga mengecam perbuatan kurang ajar pemimpin yang turut memiliki kerakyatan Denmark itu sebagai provokasi kebencian amat melampau.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

