Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

JAWATANKUASA Pengurusan Lembaga Disiplin UMNO yang bermesyuarat hari ini dipercayai membincangkan status keahlian bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Bagaimanapun, Sinar Harian melaporkan, sebarang keputusan hasil mesyuarat tertutup itu akan dibawa ke Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang dijadualkan Jumaat ini.

Sebelum itu, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan mengesahkan mengenai perkara berkenaan dalam reaksi ringkas pada sidang media hari ini.

Susulan itu, Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) mula menjadi tumpuan media sejak pukul 4 petang lagi.

Namun tiada sebarang pengesahan dan maklumat lanjut mengenai mesyuarat yang sedang berlangsung.

Baca artikel lain: PAS jumpa 3 pemimpin negeri PH bincang PRN serentak

Selain Khairy, dipercayai Tan Sri Noh Omar juga akan dipanggil oleh Lembaga Disiplin UMNO pada 30 Januari depan.

Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 lalu meluluskan usul jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan.

Khairy mendakwa wujud cubaan membawa masuk ‘perwakilan import’ bagi mengundi usul berkenaan.

Berikutan itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan Lembaga Disiplin UMNO akan membincangkan dakwaan yang dibuat Khairy sebelum dibawa ke Jawatankuasa Pengurusan yang dipengerusikan oleh Mohamad.

Selain itu, Khairy juga turut menyokong beberapa ahli parti yang membuat aduan kepada Pejabat Pendaftaran Pertubuhan (RoS) terhadap keputusan UMNO untuk mengekalkan dua jawatan tertinggi parti itu.

Bekas Ahli Parlimen Rembau itu dengan lantang mengkritik tindakan lebih 100 Ketua UMNO Bahagian yang sebulat suara tidak mahu jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti itu dipertandingkan pada pemilihan akan datang.

Beliau menyifatkan ia sebagai ‘kegilaan’ dan cubaan untuk menyekat demokrasi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram