MESYUARAT Majlis Tertinggi (MKT) UMNO esok akan menentukan nasib Khairy Jamaluddin dan ahli UMNO lain yang didakwa melakukan sabotaj parti pada pilihan raya umum (PRU) ke-15 baru-baru ini.
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata mesyuarat esok akan memberi fokus kepada operasi pembersihan parti, seperti yang telah dijanjikan semasa Perhimpunan Agung (PAU) parti itu dua minggu lalu.
“Untuk dia (Khairy) secara individu tak penting. Saya kata pada PAU baru-baru ini kita akan lakukan pembersihan secara besar-besaran.
“Termasuk mereka yang sabotaj parti dalam PRU lalu, termasuk yang menembak kaki sendiri masa PRU diadakan,” katanya ketika sidang media di Putrajaya.
- BERSAMBUNG
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

