Rohingya di Melaka: Berak di hadapan rumah, penduduk setempat tidak selesa

Dari Penulis

MUKADIMAH: Kebanjiran etnik Rohingya di Malaysia sering menjadi perdebatan umum – ada yang menentang, ada juga yang menzahirkan rasa simpati dengan nasib dialami etnik tersebut. Namun, tingkah laku etnik Rohingya dikatakan semakin menjadi bebanan kepada negara. Ikuti pendedahan siri kedua oleh wartawan, AFIQ MOHD SHAHIZZAT NASURUDEN; jurugambar, ABD RAZAK AID dan juruvideo, AIZZAT JAILANI berhubung etnik Rohingya yang dikatakan semakin ‘bermaharajalela’ di Melaka.

BERMULA dengan kira-kira 30 orang di sebuah kawasan perkampungan berdekatan Semabuk, Melaka, kini etnik Roningya di situ sudah melebihi 200 orang.

Lebih membimbangkan, peningkatan itu bertambah secara mendadak dalam masa hanya tiga tahun di sekitar Jalan Pulau Senang 3, di situ.

Tinjauan UtusanTV di kawasan tersebut mendapati lebih 30 buah rumah di kawasan tersebut didiami etnik Rohingya.

Keadaan rumah keluarga etnik Rohingya ketika tinjauan UtusanTV di Jalan Pulau Senang 3, Semabok, Melaka. GAMBAR: Abd Razak Aid

Melihat dengan mata kepala sendiri kawasan kediaman tersebut sememangnya menyedihkan.

Manakan tidak, mendekati saja kawasan di situ, bau yang kurang enak menusuk hidung, najis-najis haiwan peliharaan seperti ayam dan lembu menjadi ‘perhiasan’ di hadapan rumah mereka.

Kebanyakan rumah di kawasan tersebut mempunyai dua bilik dan setiap bilik didiami satu keluarga. 

Situasi itu sememangnya ‘menyesakkan’ mata yang memandang, apatah lagi bagi penduduk tempatan yang tinggal di kawasan tersebut.

Daripada lebih 30 buah rumah di kawasan tersebut, hanya ada kurang daripada lima buah rumah didiami penduduk tempatan.

Keadaan itu, menurut Teo Kean Yean, sememangnya menimbulkan ketidakselesaan kepada mereka.

Kean Yean, 82 tahun, berkata, kehadiran ramai etnik Rohingya itu membuatkan mereka menjadi semakin ‘besar kepala’.

Teo Kim Yean,82.

Jelas beliau yang sudah menetap 14 tahun di situ, kehadiran etnik Rohingya yang semakin ramai ternyata merubah keadaan kawasan berkenaan.

Kawasan kampung yang dahulunya bersih, selesa dan berbau segar kini berubah menjadi kotor, bising dan berbau busuk.

“Dahulu ketika jumlah etnik Rohingya yang menetap di sini tidak begitu ramai, mereka masih menjaga adab dan tatasusila.

“Tetapi apabila jumlah mereka bertambah, segala-galanya berubah. Ada yang membuang air besar di hadapan rumah, menjadikan rumah mereka sebagai tempat pengumpulan besi buruk dan membiarkan haiwan ternakan mereka merata-rata.

“Kawasan halaman rumah pula semakin banyak sampah. Apabila mereka berkumpul dan meminum minuman keras, mereka akan membuat bising.

“Ada juga yang mabuk sehingga bergaduh antara satu sama lain. Apabila saya tegur dan memberi nasihat agar menjaga kebersihan, mereka langsung tidak ambil peduli,” katanya.

Deretan rumah yang dijadikan ‘port’ keluarga etnik Rohingya disekitar di Jalan Pulau Senang 3, Semabok, Melaka. GAMBAR: Abd Razak Aid

Baca lagi: Rohingya makin ‘bermaharajalela’ di Melaka?

Mengulas lanjut, Kean Yean berkata, kawasan perumahan di situ suatu ketika dahulu didiami ramai orang Melayu, Cina dan India.

Begitupun, katanya, semakin ramai berpindah ke kawasan lain apabila beberapa keluarga daripada etnik Rohingya berpindah ke situ.

Kean Yean yang tinggal berseorang turut berharap akan ada tindakan daripada pihak berkenaan untuk memastikan kemasukan etnik Rohingya di kawasan tersebut terkawal.

“Saya berterima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Mohd Noor Helmy Abdul Halem kerana mengambil tindakan pantas untuk memastikan masalah sosial yang ditimbulkan etnik Rohingya di sini terkawal,” katanya.

Antara kemanusian dan kekesalan

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Aziz Dol yang berusia 60 tahun berkata, perasaannya berbelah bahagi apabila menyentuh soal etnik Rohingya.

Aziz Dol,60.

Menurut Aziz yang telah menetap di kawasan itu lebih 10 tahun, dia sememangnya ‘fasih’ dan memahami kerenah etnik Rohingya di situ.

“Ada dalam kalangan mereka (etnik Rohingya) yang tinggal di sini meminta bantuan untuk membeli kenderaan seperti motosikal dan kereta.

“Saya ada juga membantu tetapi dengan syarat mereka wajib bertanggungjawab sepenuhnya sekiranya ada perkara tidak dingini berlaku.

“Perihal pergaduhan di kawasan ini, ia dilakukan oleh etnik Rohingya yang datang dari perkampungan yang lain, bukan etnik Rohingya yang tinggal di sini.

“Apapun, saya kesal apabila ada etnik Rohingya yang menimbulkan masalah. Saya juga sering menasihati mereka untuk menjaga adab dan tatasusila di sini.

“Saya membantu mereka pun atas faktor kemanusiaan,” katanya.

Ikuti siri kedua mengenai isu ini di UtusanTV esok.

Salah sebuah rumah etnik Rohingya dijadikan stor mengumpul sisa besi buruk dan menyebabkan kawasan perumahan kotor dan busuk ketika tinjauan UtusanTV disekitar Jalan Pulau Senang 3, Semabok, Melaka. GAMBAR: Abd Razak Aid
Sebahgaian daripada golongan remaja etnik Rohingya melepak di tepi-tepi rumah sehingga menggangu ketenteraman penduduk sekitar Jalan Pulau Senang 3, Semabok, Melaka. GAMBAR: Abd Razak Aid

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PDRM buat persiapan awal hadapi PRN Johor

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) telah memulakan persiapan awal menjelang pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak lama lagi. Perkara itu...

More Articles Like This