Diana Danielle dapat hak jagaan sementara anak sejak Jumaat lalu

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

PELAKON Diana Danielle yang memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Farid Kamil, dimaklumkan telah mendapat hak penjagaan sementara dua anaknya, Muhammad dan Aurora.

Peguam Syarie Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, hak penjagaan anak sementara itu dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam sejak Jumaat lalu.

Bagaimanapun katanya, Farid masih boleh berjumpa dengan anak-anaknya.

“Pada hari ini kita serahkan perintah mahkamah di mana anak guam saya dapat perintah jagaan sementara pada minggu lalu.

“Farid boleh jumpa tidak ada masalah, cuma ada perintah dari mahkamah bahawa hak penjagaan interim sudah diberikan kepada Diana,” katanya lagi.

Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Pelakon Diana Danielle ketika hadir bagi proses jawatankuasa pendamai (JKP) di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bistari, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Beliau berkata demikian selepas sebutan permohonan cerai pasangan itu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari di hadapan Hakim Syarie Shukran Yusof, pagi ini.

Mengulas mengenai dakwaan Farid atau nama penuhnya Farid Kamil Zahari, 42, yang mengatakan isterinya mempunyai orang ketiga , Akberdin menyifatkan dakwaan itu sebagai alasan tidak berasas.

“Sebelum ini perkara itu tidak pernah berbangkit, selepas failkan penceraian baru semua ini keluar.

“Seeloknya kita biarkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan,” katanya.

Sementara itu, peguam syarie yang mewakili Farid, Fakhrul Azman memaklumkan bahawa mahkamah menasihatkan pasangan itu untuk berdamai.

Menurutnya, pada prosiding itu, Hakim Syarie Shukran menyatakan “benda yang boleh selesai secara baik, cubalah mengislahkan (usaha untuk perbaiki keadaan)”.

Mahkamah kemudian menetapkan 30 Mei ini bagi pihak-pihak mengemukakan laporan JKP berhubung kemelut melanda rumah tangga mereka.

Farid dan Diana berkahwin pada 2012 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This