BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa, tidak pernah disambut pegawai rendah sesebuah negara dalam kunjungan rasmi sewaktu menjawat jawatan utama negara.
Malah, beliau berkata, tiada satu negara pun tidak pernah menyambutnya dalam lawatan rasmi yang dilakukan.
“Semasa saya Perdana Menteri banyak melakukan lawatan rasmi tidak ada satu negara pun yang tidak sambut dan saya disambut oleh ketua negara,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.
Beliau berkata demikian menerusi sidang akhbar di Yayasan Kepimpinan Perdana, hari ini.
Baca artikel lain: Sebanyak 574,886 permohonan baharu Sumbangan Tunai Rahmah – Anwar
Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi, baru-baru ini.
“Tak tahulah kenapa (Anwar tak disambut), saya pun tak faham Raja Saudi dan Raja Mohamad tidak mahu jumpa dengan Anwar, tetapi mereka mungkin mempunyai satu pandangan yang kita tak tahu yang menyebabkan mereka tidak ingin berjumpa.
“Apabila pergi ke sana, yang jumpa dengan Anwar pun pegawai yang berpangkat rendahlah,” katanya lagi.
Sebelum ini, pembangkang menuntut Anwar menjawab persoalan berhubung lawatan rasminya ke Arab Saudi.
Ahli Parlimen Machang, Wan Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, lawatan rasmi itu dianggap gagal dan memalukan negara kerana tidak berjumpa dengan pemimpin tertinggi Arab Saudi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram