Lembaga Pengampunan Diraja diharap beri khabar gembira tentang Najib

Dari Penulis

MESYUARAT Ahli Lembaga Pengampunan Diraja pada 28 April ini diharap memberi khabar berita gembira kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dipenjara selama 12 tahun.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ini kerana MKT akan merayu untuk pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Jelasnya, perkara itu telah mendapat sokongan daripada setiap ahli UMNO termasuk peringkat Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri.

“Ahli MKT akan mengutus surat memohon perkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, diketuai Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyatakan hasrat bukan hanya dari MKT tetapi keseluruhan melibatkan Pemuda, Puteri dan Wanita memohon perkenan pengampunan diraja,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri program memasak bubur lambuk Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Ayer Baloi, hari ini.

Semalam, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, MKT UMNO telah membuat ketetapan untuk merayu pengampunan Najib daripada Al-Sultan Abdullah.

Menurutnya, keputusan sebulat suara itu dibuat pada mesyuarat bulanan MKT UMNO untuk memohon ihsan Yang di-Pertuan Agong mempertimbangkan pengampunan penuh buat Najib sebagaimana kuasa yang diperuntukkan di bawah Perkara 42 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Baca artikel lain: Agong dukacita, kutuk keras serangan rejim Israel ke atas Masjid Al-Aqsa

Tambah Asyraf, MKT UMNO mengambil maklum rasa dukacita dan keresahan ahli-ahlinya di akar umbi terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak permohonan Najib untuk menyemak semula sabitan dan hukuman penjara berhubung dengan kes SRC.

Pada 31 Mac lalu, Najib tidak dibenarkan untuk menyemak keputusan Mahkamah Persekutuan sebelum ini yang mengekalkan sabitan, hukuman dan denda terhadapnya berhubung kes menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd.

Keresahan itu katanya, berdasarkan keputusan yang dilihat tidak adil, seiring dengan kenyataan penghakiman yang dizahirkan oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli yang mempengerusikan panel lima Hakim Mahkamah Persekutuan.

Berbekalkan majoriti 4-1, empat panel hakim menyokong untuk menolak rayuan Najib kerana tidak bermerit.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This