“Siapa yang cari gaduh? Dia fitnah saya berpuluh tahun, dah jadi PM pun masih teruskannya” – Tun M

Dari Penulis

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meneruskan saman terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana Perdana Menteri memfitnahnya sejak berpuluh tahun dan masih meneruskannya walaupun telah menjadi pemimpin nombor satu negara.

Dalam perkongsian bertajuk ‘Cari Gaduh’ menerusi Facebooki, Dr Mahathir berkata, tindakan undang-undang itu diteruskan kerana Anwar tidak menarik balik fitnah dan meminta maaf terhubung tuduhan menyalah guna kuasa bagi memperkayakan keluarganya.

“Hari ini, hari terakhir untuk Datuk Seri Anwar dan peguamnya menjawab surat dari peguam saya yang memintanya menarik balik fitnah dan meminta maaf kerana menuduh saya menyalah guna kuasa untuk memperkaya keluarga, jika tidak, saya telah arah peguam untuk teruskan tindakan undang-undang.

“Selain itu, saya juga diberitahu bahawa Anwar setelah peguam saya keluar surat meminta dia menarik balik fitnahnya, ketika berdialog dengan pelajar-pelajar universiti telah berkata bahawa dia tidak mahu bergaduh dengan saya.

BERITA BERKAITAN Impak tindakan ‘nomad’ Mahathir

“Ini agak pelik. Dia fitnah saya bermacam-macam selama berpuluh tahun. Masa itu pun bila minta tunjuk bukti, tak ada satu pun bukti yang dia tunjuk walaupun dengar cerita ada berkotak-kotak bukti dalam simpanannya,” katanya menerusi perkongsian itu.

Dr Mahathir menjelaskan, sebelum ini beliau tidak mengambil tindakan terhadap Anwar kerana menganggap serangan yang dibuat sebelum ini adalah perbuatan seseorang yang terdesak kerana terlampau mahu jadi Perdana Menteri.

“Tetapi hari ini, apabila dia dah jadi Perdana Menteri, dia masih teruskan fitnah. Jadi saya minta tarik balik dan jika tidak saya ambil tindakan undang-undang. Itulah yang saya lakukan. Jadi siapa yang cari gaduh?,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Tular video curi kabel di MRR2, polis giat buru empat individu

POLIS sedang mengesan empat individu yang dipercayai terlibat dengan perbuatan mencuri kabel di tepi Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2),...

More Articles Like This