BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta rakyat jangan takut dengan pengaruh ‘Gelombang Hijau’ yang dikatakan sedang melanda negara dan dikaitkan dengan pemerintahan oleh orang Melayu.
Menerusi hantaran di Twitter bertajuk ‘Green Wave’, beliau berkata, Malaysia menyaksikan pembangunan pesat apabila ditadbir kerajaan majoriti Melayu selama 60 tahun.
“Kaum bukan Melayu mencapai banyak kemajuan. Kaum bukan Melayu mencapai banyak kemajuan.
“Tak usahlah cuba menakutkan pemerintahan orang Melayu dengan menconteng mereka warna hijau,” katanya menerusi satu ciapan hari ini.
Pas melalui Perikatan Nasional (PN) sebelum ini dilihat berusaha untuk mengekalkan momentum penguasaan di Kelantan, Terengganu dan Kedah seterusnya menawan Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan dalam pilihan raya negeri akan datang.
Difahamkan ‘Gelombang Hijau’ yang dimaksudkan bekas pengerusi Bersatu itu merujuk sokongan tidak dijangka yang diperolehi PN pada Pilihan Raya Umum ke-15 apabila mereka memenangi 74 kerusi, dengan PAS menyumbang 43 dan Bersatu 31 kerusi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

