MYSA tandatangani 2 MoU, 6 LoI dengan syarikat tempatan

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

AGENSI Angkasa Malaysia (MYSA) hari ini menandatangani dua memorandum persefahaman (MoU) dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Dalam majlis yang berlangsung di Langkawi, Kedah itu MYSA turut memeterai pertukaran enam surat tunjuk niat (LoI) di antara pihak terbabit.

MYSA telah diwakili oleh ketua pengarahnya, Azlikamil Napiah.

Turut hadir adalah Menteri MOSTI, Chang Lih Kang dan timbalannya, Datuk Arhur Kurup.

Hadir sama Ketua Setiausaha MOSTI, Datuk Ts Dr Aminuddin Hassim dan timbalannya, Datuk Ts Dr Mohd Nor Azman Hassan.

MYSA dalam kenyataan memberitahu, MoU pertama melibatkan Lembaga Koko Malaysia dan kerajaan Persekutuan.

Katanya, ia adalah kerjasama dalam meningkatkan penggunaan teknologi angkasa bagi memantapkan perancangan, pengurusan dan pemantauan aktiviti pemetaan kawasan tanaman koko di Malaysia dengan lebih cekap dan berkesan.

Baca artikel lain: LIMA’23: Tentera laut perlu pemodenan

Manakala, untuk MoU kedua, ia melibatkan pihak MYSA dengan Petroleum Industry of Malaysia Mutual Aid Group (PIMMAG).

Jelas MYSA, MoU ini bertujuan menjalinkan kerjasama dalam meningkatkan penggunaan teknologi angkasa khususnya dalam pelaksanaan operasi menangani tumpahan minyak dengan lebih cekap dan berkesan.

Dalam majlis ini juga, MYSA menandatangani LoI dengan tiga syarikat tempatan iaitu Gading Group, UZMA Berhad dan PIESAT Malaysia.

Tujuan LoI ini diadakan bagi menjalinkan kerjasama dalam bidang sains dan teknologi angkasa melalui penyelidikan dan pembangunan sumber manusia.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This