Wujud ruang khas rakyat cadang kemas kini kes SPRM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PEMERHATI Rasuah Malaysia (MCW) mencadangkan supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mewujudkan satu ruangan khas disediakan untuk rakyat mencadangkan kemas kini kes yang ingin mereka ikuti atau ketahui.

MCW dalam hantaran di Facebook berkata, pihaknya melihat komitmen positif SPRM dalam menyediakan akses kepada rakyat untuk mengetahui perkembangan terkini sesuatu kes penting melalui ruangan Garis Masa Kes dalam portal rasmi agensi itu.

Menurut MCW, inisiatif bermula pada awal Mei lalu itu memperlihatkan keterbukaan SPRM dalam menjalankan tugas.

Namun begitu, katanya, mungkin ada kes yang masih ketinggalan memandangkan inisiatif Garis Masa Kes itu merupakan satu perkara baharu.

“Penting untuk diperhatikan bahawa terdapat kes tertentu yang mungkin tertakluk kepada sekatan undang-undang atau keperluan kerahsiaan terutama jika melibatkan maklumat sensitif, operasi yang sedang berjalan atau kemungkinan membahayakan siasatan atau privasi individu terlibat.

“Walau bagaimanapun, agensi penguatkuasa umumnya berusaha mencapai keseimbangan antara pertimbangan ini dan hak orang awam untuk mendapat maklumat.

“Tahap kemas kini yang diberikan oleh agensi penguatkuasa pasti berbeza-beza dan adalah penting bagi mereka untuk mematuhi undang-undang dan peraturan yang relevan sambil mengekalkan ketelusan dan akauntabiliti kepada orang ramai,” katanya dalam hantaran tersebut.

Baca artikel berkaitan: Perlu dedah nama ahli politik jaga sindiket perjudian – MCW

Sementara itu, MCW memaklumkan terdapat beberapa peranan yang perlu dilakukan agensi penguatkuasa termasuk SPRM berkaitan dengan kemas kini kes.

Antara perkara yang perlu dilakukan adalah pelaporan awal, bertujuan memberi maklumat kepada orang awam mengenai siasatan tersebut.

Kedua, MCW memaklumkan agensi penguatkuasa boleh mengeluarkan pengumuman media pada peringkat-peringkat penting perkembangan seperti bukti baharu, penahanan, pertuduhan atau pencapaian penting.

“Pengumuman media ini membantu mengekalkan ketelusan dan memberi maklumat kepada orang ramai.

“Seterusnya, agensi penguatkuasa mungkin perlu mengadakan sidang media untuk memberi kemas kini dan menjawab sebarang kebimbangan atau soalan daripada media atau orang ramai.

“Agensi penguatkuasa juga boleh mengemaskini saluran rasmi secara berkala berkaitan kes bagi memastikan aksesibiliti lebih luas kepada orang ramai.

“Ahli awam termasuk wartawan dan orang ramai yang berkepentingan juga boleh meminta kemas kini mengenai kes melalui saluran rasmi seperti mengemukakan permintaan maklumat di bawah undang-undang kebebasan maklumat,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli: ‘Jika terbukti salah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM’

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap enam pelajar Tingkatan Lima...

More Articles Like This