Inspektor Sheila dakwa dikasari ketika ditahan

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

INSPEKTOR Sheila hari ini meluahkan rasa tidak puas hati selepas digari ketika ditahan polis baru-baru ini.

Inspektor Sheila atau nama penuhnya Sheila Sharon Steven Kumar, turut mendakwa dirinya dikasari ketika digari oleh pihak polis.

“Saya telah menahan ramai pesalah dibawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan, namun saya tidak pernah sesekali saya menggari mereka.

“Mereka menahan dan menggari saya dengan kasar sehingga meninggalkan kesan di pergelangan tangan,” ujarnya ketika ditemui selepas dituduh atas tiga pertuduhan di Mahkamah Majistret Selayang, hari ini.

Inspektor Sheila Sharon dituduh atas kesalahan melakukan ugutan jenayah dan berkelakuan tidak sopan ditempat awam ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Selayang, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Sheila turut mempersoalkan tindakan polis di mahkamah yang ingin menggarinya sepanjang proses pertuduhan.

“Dua kali mereka cuba (gari), tapi mereka kata ini perlu.Saya bukan rakyat biasa, saya juga anggota polis.

“Jangan ajar saya tentang prosedur, saya telah berada dalam bidang ini selama tujuh tahun dan tahu dengan sangat jelas.

“Kenapa tiada budi bicara. Saya anggota polis, kenapa saya perlu digari? Adakah anda berniat untuk sabotaj saya? Untuk menjatuhkan maruah saya? Apakah tujuannya?

“Saya telah berpakaian dengan kemas. Saya telah hadir dan memberi kerjasama kepada pihak mahkamah tapi kamu masih ingin menggari saya. So, saya bincang dengan pihak peguam saya , dia kata jangan bimbang. Kita akan ambil tindakan berlandaskan undang-undang,” ujarnya lagi.

Terdahulu Sheila mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan mengaibkan kehormatan seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal dan seorang lagi wanita serta melakukan ugutan jenayah terhadap seorang lelaki awam berbangsa India.

Baca: Inspektor Sheila mengaku tak bersalah aib Lans Koperal

Sheila membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Nor Hafizah Rajuni dan Majistret Chai Guan Hock, pagi ini.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua suspek curi peti wang penjual nasi lemak direman hingga 12 Jun

DUA lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes kecurian peti wang dan telefon bimbit milik seorang penjual nasi lemak di...

More Articles Like This