ATLET berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom membuktikan dirinya sebaris pelumba handalan Asia setelah berjaya meraih pingat gangsa bagi acara pecut individu lelaki pada Sukan Asia 2022 Hangzhou, hari ini.
Dalam saingan penentuan pingat gangsa di Velodrom Pusat Sukan Chun’an Jieshou, anak kelahiran Johor itu menewaskan pelumba China Xue Chenxi selepas menguasai kedua-dua perlumbaan.
Pada perlumbaan pertama, Muhammad Shah Firdaus meninggalkan Chenxi dengan mencatatkan masa 10.076 saat.
Atlet yang berada di ranking ke-19 dunia itu meneruskan kecemerlangan pada perlumbaan kedua apabila menumpaskan Chenxi dengan catatan 10.367 saat walaupun dicabar hebat pelumba China itu.
Walaupun tidak berjaya mengekalkan pingat emas yang dimenangi ‘sifunya’, Datuk Azizulhasni Awang pada edisi di Jakarta-Palembang pada tahun 2018, namun pujian perlu diberikan kepada Muhammad Shah Firdaus yang mempamerkan aksi mengagumkan dalam acara tersebut.
Baca artikel berkaitan: Peluang Shah Firdaus untuk menyinar – Azizulhasni
Pada saingan separuh akhir sebelum itu, Muhammad Shah Firdaus tewas kepada seorang lagi pelumba China, Zhou Yu.
Muhammad Shah Firdaus menempuh laluan berliku selepas kemenangan pada perlumbaan pertama dibatalkan.
Beliau kemudiannya gagal bangkit dalam perlumbaan seterusnya apabila jauh ditinggalkan Zhou Yu.
Acara pecut individu lelaki dimenangi jaguh Jepun, Kaiya Ota yang menewaskan Zhou Yu di saingan final.
Sementara itu, adik Muhammad Shah Firdaus iaitu Muhammad Ridwan Sahrom yang tewas kepada Zhou Yu di suku akhir berada di tempat ketujuh bagi acara pecut individu lelaki.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

