PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong penuh usaha pemberhentian segera pengeboman dan penubuhan koridor kemanusiaan di Rafah.
Katanya, adalah penting buat Israel mengetepikan sikap mereka terhadap politik perampasan dan memulakan gencatan senjata serta-merta dengan pergerakan Hamas sekali gus berusaha menamatkan konflik.
“Saya mengadakan perbualan telefon dengan Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh semalam, untuk menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi Malaysia kepada rakyat Palestin.
“Adalah penting untuk mengutamakan kesejahteraan dan keselamatan semua individu yang terjejas disebabkan krisis yang berlaku ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Baca artikel lain: ‘Saya tidak anti golongan mahakaya’ – PM
Perdana Menteri juga menegaskan, komitmen Malaysia untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan terutamanya dalam bentuk makanan dan ubat-ubatan untuk meringankan penderitaan mereka yang memerlukan.
Jumaat lepas, Anwar berkata, kerajaan akan menyalurkan bantuan RM10 juta kepada Palestin dan berharap syarikat berkaitan kerajaan, syarikat pelaburan berkaitan kerajaan dan sektor swasta dapat menyumbang bagi meningkatkan jumlah bantuan kepada RM100 juta.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

