Jumpa malam nanti! PM ajak ke Himpunan Malaysia Bersama Palestin

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengajak rakyat untuk sama-sama hadir ke Himpunan Malaysia Bersama Palestin yang akan berlangsung malam nanti.

Tegasnya, himpunan itu bertujuan untuk mengutuk tidak kejam negara tidak diiktiraf Israel selain memberi sokongan padu kepada Palestin yang kini berdepan krisis amat dasyat.

Pada masa sama, beliau menuntut supaya gencatan senjata segera dilakukan bagi menamatkan penderitaan dialami oleh rakyat Palestin yang tidak bersalah.

“Mari bersama nyatakan pendirian tegas mengutuk pembantaian Zionis Israel ke atas Palestin malam ini sebagai satu pasukan yang berpadu dan utuh.

“Kita tuntut gencatan senjata, hentikan serangan, mudahkan bantuan kemanusiaan, noktahkan kezaliman, kesengsaraan dan penderitaan yang telah dialami selama ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Baca artikel lain: Masalah 60 pelajar Pahang ‘terkandas’ di Mesir selesai – PM Anwar

Himpunan Malaysia Bersama Palestin akan berlangsung di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil mulai 7.30 malam hingga 10.30 malam sebagai tanda solidariti negara bersama rakyat Palestin.

Himpunan yang bertemakan pakaian putih itu dijangka dihadiri lebih 20,000 orang.

Pengerusi Global Peace Mission, Ahmad Fahmi Samsudin yang juga sekretariat program itu berkata himpunan berkenaan, akan diteruskan di negeri-negeri dalam sesi jelajah 1,000,000 Pembela Palestin.

Beliau berkata himpunan di negeri akan dimulakan di Stadium Hang Jebat di Melaka pada Ahad, 29 Oktober.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This