Adakah PM sudah berjaya noktahkan masalah miskin tegar di Malaysia? – Pemuda Pas

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

PEMUDA Pas mempersoal Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sama ada masalah kemiskinan tegar sudah berjaya diselesaikan.

Ketuanya, Fadhli Shaari berkata, memasuki tahun baharu 2024 hari ini, apakah keyakinan mampu menoktahkan isu tersebut dapat dibuktikan seperti mana pernah dilaungkan oleh Perdana Menteri.

“Berkali-kali kerajaan menyatakan keyakinan bahawa miskin tegar dinoktahkan pada tahun 2023.

“Hari ini 1 Januari 2024, adakah tidak wujud lagi miskin tegar di Malaysia? Kerajaan dimohon perjelaskan,” katanya menerusi hantaran ringkas di Facebook, hari ini.

Sebelum ini, Anwar yakin 130,000 ketua isi rumah miskin tegar dapat ditangani dan dinoktahkan pada tahun lalu menerusi beberapa langkah drastik termasuk Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR).

Baca artikel lain: Imigresen gempur Little India, lebih 100 pendatang tanpa izin ditahan

Katanya, setakat 15 Mac lalu, sebanyak 123,243 ketua isi rumah miskin tegar sudah dikenal pasti kerajaan untuk dibantu dengan beberapa langkah.

“Bagaimanapun, saya sengaja letakkan jumlah sebanyak 130,000 ketua isi rumah ini kerana kemungkinan jumlahnya akan bertambah.

“Secara keseluruhannya, saya yakin dan percaya usaha yang dilakukan kerajaan akan berhasil dan menokhtahkan kemiskinan tegar serta memastikan kelompok rakyat termiskin tanpa mengira latar belakang kaum dapat segera dibantu sekali gus keluar keluar daripada belenggu kemiskinan,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan kekal iktiraf kedudukan Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

KERAJAAN Persekutuan kekal mengiktiraf kedudukan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang sah. Mengulas mengenai perkembangan...

More Articles Like This