TIGA warga Bangladesh ditahan kerana disyaki menceroboh sebuah unit pangsapuri yang dibiarkan kosong sejak 10 tahun lalu di Puchong, semalam.
Memetik laporan BH Online, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof memaklumkan tiga warga Bangladesh itu ditahan selepas pemilik rumah membuat laporan di Balai Polis Ayer Putih, Kemaman sebelum dijadikan laporan kepada Balai Polis Putra Perdana, Puchong.
Menurut beliau, kes yang turut tular dalam media sosial itu melibatkan warga Bangladesh berusia antara 23 hingga 30 tahun.
Wan Kamarul berkata, pihaknya menerima laporan pada pukul 3.20 petang semalam selepas pemilik mengetahui tentang berita kediamannya diceroboh warga asing disiarkan melalui media.
Jelasnya, ketiga-tiga lelaki itu ditahan pada pukul 9 malam tadi di rumah berkenaan.
“Warga Bangladesh itu mengaku menduduki rumah berkenaan sejak dua bulan lalu, dengan merosakkan kunci pintu dan menggantikannya dengan yang baharu.
Baca artikel lain: Dua ditahan bergaduh di Seksyen 28, Shah Alam
“Tiga warga Bangladesh yang ditahan itu akan dibawa ke mahkamah pagi ini bagi mendapatkan perintah reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan,” katanya.
Ahad lalu, seorang lelaki terkejut apabila mendapati rumah kosong milik kenalannya ‘diceroboh’ sekumpulan warga asing.
Pemilik Facebook dengan nama Srilabu Kedah itu berkongsi perkara tersebut apabila dia diamanahkan melihat keadaan kediaman berkenaan untuk urusan jual beli.
Menerusi hantaran tersebut, dia menyatakan rasa terkejut apabila mendapati kediaman yang dibiarkan kosong sejak 10 tahun lalu itu telah diceroboh oleh warga asing.
Malah, penyelia warga asing itu pula meminta bukti daripada pemilik rumah sekiranya benar merupakan pemilik kediaman berkenaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

