Kumpul lah bukti, kata Fahmi ulas petisyen PRK KKB PN

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KERAJAAN tidak mempunyai sebarang masalah dengan tindakan Perikatan Nasional (PN) yang mahu memfailkan petisyen terhadap Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu (KKB) yang dimenangi calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao, 11 Mei lalu.

Malah, Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil secara ringkas ‘meminta’ supaya PN terus mengumpulkan bukti.

“Kumpul lah bukti itu,” katanya ringkas dalam sidang media pasca mesyuarat Jemaah Menteri, hari ini.

Semalam, PN dilaporkan sedang mengumpul bukti untuk memfailkan petisyen terhadap PRK DUN KKB yang dimenangi Sock Tao.

Pengarah Pilihan Raya PN PRK Kuala Kubu Baharu, Datuk Seri Azmin Ali berkata, 16 ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) masih dalam proses itu sebelum dikemukakan kepada barisan peguam untuk petisyen difailkan.

Pada PRK Kuala Kubu Baharu, Sock Tao menang dengan majoriti 3,869 undi menewaskan tiga pencabarnya Khairul Azhari Saut (PN), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas).

Baca artikel lain: 16 PDM PN di KKB kumpul bukti, sebelum fail petisyen PRK – Azmin

Bekas Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu memperoleh 14,000 undi, menewaskan Khairul Azhari Saut yang meraih 10,131 undi; Nyau Ke Xin (188 undi) dan Hafizah Zainuddin (152 undi).

PRK berkenaan diadakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lalu akibat kanser.

Pada 6 Mei lalu, Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata PN akan mengemukakan petisyen pilihan raya jika PH memenangi PRK Kuala Kubu Baharu.

Takiyuddin mendakwa, kerajaan perpaduan menyalahgunakan kuasa dan jentera sebelum dan ketika kempen PRK berlangsung.

Bagaimanapun, perkara itu dinafikan Pengarah Pilihan Raya PH Steven Sim yang menegaskan gabungan berkenaan mematuhi undang-undang pilihan raya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Tambang percuma LRT3, bas pengantara sebulan mulai esok – Anwar

ORANG ramai boleh menikmati perkhidmatan percuma Laluan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam selama sebulan bermula esok...

More Articles Like This