MITI diminta sedia panduan kriteria pemohonan AP syarikat tak terlibat dunia automotif – PERDASAMA

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

KEMENTERIAN Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) diharap dapat menyediakan panduan yang jelas mengenai kriteria permohonan Permit Import (AP) kepada syarikat Bumiputera tidak terlibat dalam dunia automotif.

Presiden Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA), Mohd Azamanizam Baharon berkata, kriteria tersebut termasuklah kelayakan, prosedur permohonan dan penilaian yang bakal diambil kementerian.

Ujarnya, ia harus berdasarkan keperluan pasaran dan kepentingan nasional agar tidak menjadi lambakan yang boleh merencatkan perniagaan kenderaan berasaskan pengimportan serta penjualan kenderaan sedia ada.

“PERDASAMA mencadangkan agar diwujudkan penerbitan senarai penerima AP secara berkala dan sentiasa dikemaskini setiap tahun.

“Ini bagi membolehkan orang awam dan pihak berkepentingan melihat siapa yang menerima AP dan dalam kuantiti berapa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

PERDASAMA pada asasnya menyambut baik inisiatif MITI membuka peluang kepada syarikat Bumiputera yang tidak pernah terlibat dalam aktivti automotif untuk memohon AP terbuka berkuat kuasa 1 Julai ini.

Langkah ini, katanya, membuka banyak peluang kepada mereka menceburi industri automotif terutama berasaskan kenderaan teknologi hijau yang sedang berkembang pesat pada masa ini.

Selain, katanya lagi, ia juga dapat membangunkan rantaian bekalan tempatan selain menyediakan latihan dan pendidikan dalam tenaga mahir kerja sektor automotif.

Baca artikel lain: Lima anggota keluarga suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram didakwa

“Langkah ini juga selaras dengan Dasar Perindustrian Nasional Malaysia (NIMP) untuk mengubah landskap industri Malaysia menjadi lebih berdaya saing, inovatif dan mampan.

“Pemberian AP terbuka dalam kalangan syarikat Bumiputera wajar dipuji sebagai langkah penting untuk memastikan ketelusan dan keadilan,” katanya lagi.

PERDASAMA juga yakin langkah ini menggalakkan penyertaan ramai Bumiputera dalam industri yang sedang berkembang pesat terutama di bidang pemasaran dan pengantarabangsaan alat ganti serta aksesori kenderaan.

“Syarikat Bumiputera juga dapat meningkatkan produk tempatan melalui kerjasama dan perkongsian teknologi pengeluar kenderaan dunia dan akhirnya menggalakkan pemasaran produk automotif tempatan di pasaran antarabangsa.

“Kerjasama antarabangsa terjalin dengan negara lain mampu membuka pasaran baru dan meningkatkan eksport kenderaan dan komponen automotif,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua lelaki rakyat Malaysia cedera terkena letupan bom di Tak Bai

DUA lelaki warga Malaysia dilaporkan cedera selepas terkena letupan bom dalam satu kejadian di Lebuhraya 42, Kampung Phrai Wan,...

More Articles Like This