Penyasaran diesel: Kerajaan beri subsidi tambahan RM100 juta kepada warga Felda

Dari Penulis

SUSULAN penyarasaran subsidi diesel kerajaan menyediakan peruntukan tambahan sebanyak RM100 juta kepada warga Felda bagi menampung peningkatan kos operasi ladang yang dihadapi mereka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan dipersetujui selepas Pengerusi Felda, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengadakan rundingan bersama beliau berhubung isu dihadapi peneroka Felda.

“Adakah pelaksanaan penyasaran subsidi (diesel) boleh 100 peratus sempurna? Ahmad Shabery telah bawa dalam (isu dihadapi Felda) selepas mesyuarat Jemaah Menteri.

“(Beliau tanya) bagaimana tentang peneroka Felda? Mereka guna peralatan (libatkan diesel), maka saya setuju (lulus peruntukan tambahan RM100 juta),” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Baca artikel lain: Karnival Usahawan Desa, Hari Peneroka FELDA digabung tahun depan – TPM

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan sambutan Hari Peneroka Felda 2024, hari ini.

Sementara itu, Perdana Menteri mahu Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF) mempunyai pengurusan yang cekap bagi menumpukan kepada aspek kebajikan peneroka serta mengangkat martabat koperasi itu.

Katanya, koperasi ialah satu badan yang sangat penting kepada negara, tetapi kelemahannya kadangkala berpunca daripada pemilihan pihak pengurusan yang tidak berkemahiran.

“Saya nak nasihatkan Lembaga (KPF), pengurusan harus yang paling cekap untuk bantu mengangkat Koperasi Felda.

“Ini tanggungjawab kita, tak mahu tolak ansur. Dana peringkat awal Koperasi Felda berapa? RM2.5 bilion, kita akan pastikan diurus dengan cekap dan dipantau oleh Lembaga tanpa campur tangan soal pengurusan dana,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This