“DUIT pembayar cukai bakal hangus lagi.”
Demikian reaksi Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang membantah cadangan awal kerajaan untuk membangunkan aplikasi media sosial sendiri.
Dalam hantaran di aplikasi X, Syed Saddiq menegaskan negara kini mempunyai ratusan aplikasi kementerian dan agensi yang bertindih-tindih dari segi kegunannya.
Namun, beliau mendakwa aplikasi dibangunkan kementerian dan agensi itu kini tidak berfungsi.
“Guna duit siapa? Ratusan juta duit pembayar cukai.
“Kini kerajaan nak bila aplikasi media sosial pula. Duit anda menyumbang kepada ketidakcerdikan mereka,” katanya dalam hantaran tersebut.
Kita ada ratusan Apps kementerian/agensi yang bertindih tindih dan kini tak berfungsi pun.
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) August 5, 2024
Guna duit siapa?
Ratusan juta duit pembayar cukai.
Kini Kerajaan nak bina app media sosial pula ?
Duit pembayar cukai bakal hangus lagi.
Your money to fund their stupidity. https://t.co/LG2apoGSuL
Baca artikel lain: Kerajaan kaji cadangan bangunkan media sosial sendiri
Semalam, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dilaporkan berkata kerajaan akan meneliti cadangan untuk mewujudkan aplikasi media sosial sendiri yang khusus bagi kegunaan rakyat Malaysia seperti sedang diusahakan beberapa negara lain.
Hal ini kerana ada antara penyedia aplikasi media sosial didapati mengaut keuntungan daripada rakyat di negara ini, namun dalam masa yang sama gagal menjamin soal keselamatan penggunanya.
Fahmi memaklumkan, aplikasi Facebook sahaja telah mengaut keuntungan AS$600 juta dari Malaysia pada tahun lalu tetapi tidak menyediakan platform yang selamat buat pengguna di negara ini.
Beliau juga telah bertemu dengan pengacara dan selebriti popular, Datuk Aznil Nawawi yang mengemukakan cadangan itu, susulan tindakan Meta Platforms Inc (Meta) menurunkan hantaran berkaitan Palestin menerusi platform media sosial milik syarikat itu baru-baru ini.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

