Isu buli, dera kadet UPNM: Polis sudah ambil keterangan pelajar senior

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) telah pun mengambil keterangan seorang pelajar senior Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang disyaki membuli dan mendera seorang pelajar lain yang juga junior universiti sama.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa memaklumkan, pelajar senior yang juga pegawai kadet tahun empat itu telah diambil keterangan pagi tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.

Menurut beliau, keterangan saksi lain iaitu rakan sebilik kepada pelajar senior itu pula akan dirakam, petang ini.

“Keterangan pelajar senior (suspek) telah diambil pagi tadi.

“Setakat ini, kita hanya ambil keterangan pelajar itu dan tidak menahannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan siasatan kes seorang pegawai kadet UPNM yang dipercayai menjadi mangsa buli dan dera seorang penuntut senior telah dimulakan.

Beliau berkata kertas siasatan dibuka selepas mangsa berusia 20 tahun itu membuat laporan kira-kira 8.20 malam tadi (1 November) dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Baca artikel lain: Dera, buli kadet UPNM: Polis terima laporan, mulakan siasatan

“Kejadian dikatakan berlaku pada 11.45 malam 22 Oktober lepas, di bilik asrama UPNM selepas penuntut senior yang juga pegawai kadet tahun empat telah meminta mangsa menggosok baju kerja miliknya.

“Secara tiba-tiba, pelajar senior berusia 22 tahun itu telah mengambil seterika dipegang pengadu sebelum menekap di bahagian dada sebelah kanannya sebanyak satu kali,” katanya.

Tindakan pelajar senior itu menyebabkan mangsa terkejut dan menjerit serta mengakibatkan kecederaan melecur.

Ketika kejadian, beberapa orang penuntut senior dikatakan turut berada dalam bilik berkenaan.

Rakaman percakapan mangsa telah diambil di IPD Cheras dan mangsa turut diminta membuat rawatan di hospital bagi mengesahkan jenis kecederaannya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO berhak tentukan hala tuju sendiri menjelang pilihan raya – Asyraf Wajdi

UMNO menegaskan parti itu mempunyai hak mutlak untuk menentukan pendirian dan hala tuju politiknya sendiri menjelang mana-mana pilihan raya,...

More Articles Like This