Tunku Abdul Rahman bukan sahaja Bapa Kemerdekaan tetapi simbol kesepakatan, perpaduan – PM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

NAMA negarawan ulung, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bukan sahaja terukir dalam sejarah sebagai Bapa Kemerdekaan Negara tetapi juga menjadi simbol kesepakatan dan perpaduan.

Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam hantaran di Facebook sempena ulang tahun kelahiran Perdana Menteri Malaysia pertama itu yang ke-122, hari ini.

Anwar turut berkongsi gambar lama pertemuannya dengan Tunku Abdul Rahman menerusi hantaran tersebut.

Menurut Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman menjadi simbol perpaduan yang menyatukan pelabgai kaum dalam satu identiti nasional yang harmoni.

Beliau berkata, keghairahan Almarhum dalam memastikan negara kekal aman dan harmoni harus terus menjadi inspirasi kepada semua pihak terutama dalam menghadapi cabaran masa kini.

Malah, Anwar memaklumkan, beliau berpegang teguh kepada nilai-nilai yang ‘diwariskan’ Tunku Abdul Rahman iaitu perpaduan, integriti dan keadilan buat semua dalam mengemudi Malaysia MADANI.

“Saya juga bertekad untuk meneruskan perjuangan demi negara yang lebih sempurna serta makmur buat semua.

Baca artikel lain: Tiada keperluan wujud garis panduan Muslim hadiri majlis perayaan bukan Islam – PM Anwar

“Sumbangan Almarhum Tunku pastinya akan menjadi inspirasi untuk menjunjung nilai-nilai perpaduan dan keamanan yang telah membentuk kesatuan negara kita.

“Semoga legasi Almarhum Tunku terus menjadi panduan dalam usaha kita membina negara yang lebih baik untuk generasi mendatang.

“Mendoakan semoga roh Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dilimpahkan sebesar-besar ganjaran ihsan dan rahmat Allah SWT,” katanya dalam hantaran tersebut hari ini.

Tunku Abdul Rahman yang menjawat jawatan Perdana Menteri selama 13 tahun sehingga 1970 diputerakan pada 8 Februari 1903 di Alor Star, Kedah.

Tunku merupakan putera ke-20 kepada Sultan Abdul Hamid Halim Shah iaitu Sultan Kedah ke-24.

Tunku meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri pada 22 September 1970 serta sebagai Presiden UMNO diumumkan pada 24 Januari 1971 dalam Perhimpunan Agung UMNO dan mangkat pada 6 Disember 1990.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This