KDN cadang Insentif Pasukan Khas dinaikkan, 20 tahun kadar masih sama

Dari Penulis

KAJIAN penyelarasan Insentif Pasukan Khas mencadangkan insentif pasukan khas Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dinaikkan sekali ganda berdasarkan tempoh perkhidmatan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata cadangan itu dibuat setelah 20 tahun kadar sama dikekalkan serta mengambil kira risiko skop penugasan pasukan khas yang semakin bertambah.

“Pada masa ini, Insentif Pasukan Khas yang dinikmati oleh operatif Unit Tindakhas (UTK) serta unit-unit khas lain dalam PDRM, ATM, dan APMM adalah seperti berikut iaitu RM600 untuk 1-10 tahun perkhidmatan, RM750 untuk 11-15 tahun perkhidmatan, RM900 untuk 16 tahun perkhidmatan dan ke atas.

“Berdasarkan persetujuan bersama antara PDRM, ATM, dan APMM, kadar baharu yang dicadangkan ialah RM1,200 untuk 1-5 tahun perkhidmatan, RM1,500 untuk 6-11 tahun perkhidmatan dan RM2,000 untuk 12 tahun perkhidmatan dan ke atas,” katanya.

Baca artikel lain: Tiada insiden pukul tahanan SOSMA di Penjara Sungai Buloh – Saifuddin

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Jubli Emas Hari Ulang Tahun ke-50 Unit Tindakhas, semalam.

Turut hadir, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Seri Azmi Abu Kassim.

Saifuddin Nasution turut menyentuh aspek penambahbaikan dan keupayaan logistik setiap agensi keselamatan bagi mendepani cabaran semasa, termasuk meneliti semula setiap peralatan dan kemudahan sedia ada bagi menampung keperluan operasi yang semakin mencabar.

“Cadangan kenaikan ini bertujuan mengiktiraf sumbangan serta komitmen operatif pasukan khas dalam memastikan keselamatan negara sentiasa terjamin,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This