Terminal Bersepadu Gombak mula beroperasi 15 Mac ini

Dari Penulis

TERMINAL Bersepadu Gombak (TBG) dijadualkan untuk dibuka kepada orang ramai bermula 15 Mac ini setelah ia menerima ‘lampu hijau’ daripada Kementerian Pengangkutan (MOT).

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, MOT dan Jabatan Kerja Raya (JKR) akan melakukan pemeriksaan akhir terhadap ciri-ciri keselamatan TBG pada minggu depan sebelum memberikan kebenaran operasi.

Jelas beliau, pada minggu pertama pembukaannya, TBG hanya akan mengaktifkan platform ‘drop off’ terlebih dahulu untuk bas-bas menurunkan penumpang mereka.

“Bas-bas khususnya dari Pantai Timur yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur boleh ‘drop-off’ di sini. Tempoh percubaan ini akan mengambil masa satu minggu.

“Selepas semuanya selesai dan kalau tempoh percubaan memberangsangkan, maka minggu kedua barulah bas-bas boleh mengambil penumpang dari terminal ini.

“Sasaran kita ialah, menjelang Hari Raya Aidilfitri nanti, orang ramai boleh menggunakan terminal ini sebagai ‘gateway’ untuk menaiki bas ekspres untuk pulang ke kampung,” katanya ketika melakukan lawatan kerja di TBG, hari ini.

Mengulas lanjut, Loke berkata, MOT telah mengarahkan agensi pelaksana untuk meningkatkan ketersambungan antara TBG dan stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Gombak bagi meningkatkan pengalaman pengguna.

Beliau berkata, sewaktu lawatan kerjanya hari ini, beliau mendapati terdapat beberapa penambahbaikan yang perlu dilakukan, termasuk melibatkan pemasangan bumbung bagi laluan pejalan kaki antara LRT Gombak dan TBG.

“Stesen LRT memang bersebelahan dengan bangunan ini, ada ketersambungan tetapi masih belum proaktif.

“Kita (MOT) minta tambah baik lagi, mana-mana kawasan yang ada kelompongan, kita minta untuk ditutupi. Ia termasuk longkang-longkang yang perlu ditutup bagi memastikan keselamatan pengguna terjaga,” ujarnya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai ketersambungan dengan stesen Terminal Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Gombak pula, Loke berkata pihaknya meminta Malaysia Railways Berhad dan Syarikat Perumahan Negara Berhad untuk melakukan kajian untuk meningkatkannya lagi.

“Meskipun ketika ini memang ada dalam perancangan untuk memasang eskalator menghubungkan Terminal ECRL Gombak dengan stesen LRT Gombak, tetapi saya minta mereka buat kajian bagi memastikan kemudahan itu juga dapat disambung ke TBG.

“Ini bagi memudahkan penumpang dan dapat memendekkan lagi perjalanan mereka,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pas utus surat kepada Bersatu, beri cadangan perkukuhkan PN – Muhyiddin

PAS dilaporkan menghantar surat kepada Bersatu berkenaan hubungan di antara kedua-dua buah parti, selain cadangan-cadangan untuk memperkukuhkan Perikatan Nasional...

More Articles Like This