TUDUHAN kononnya Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengeluarkan kenyataan bahawa beliau telah meluluskan kewarganegaraan kepada rakyat China seperti yang tular dalam media sosial adalah fitnah.
Dalam hantaran di Facebook, Saifuddin Nasution menegaskan, beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan seperti yang tular itu.
Menurut Saifuddin Nasution, perbuatan yang disifatkannya tidak bertanggungjawab itu sangat bahaya.
Malah, kata beliau, ia mampu mengganggu-gugat keselamatan dan keamanan rakyat dalam negara.
“Kelulusan kewarganegaraan adalah tertakluk peruntukan oleh Perlembagaan Persekutuan yang telah termaktub sejak sekian lama dan saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti dalam gambar fitnah tersebut.
“Sepanjang tahun lepas, saya telah banyak memberikan penjelasan tentang isu kewarganegaraan ini.
Baca artikel lain: Penjara bukan sekadar tempat hukuman, tetapi pusat pemulihan berkesan – Saifuddin Nasution
“Namun masih ada lagi pihak yang membuat fitnah dengan permainan sentimen yang berbaur 3R (kaum, agama, diraja),” katanya dalam hantaran tersebut hari ini.
Sehubungan itu, Saifuddin Nasution menggesa rakyat dan netizen mendapatkan maklumat daripada sumber yang betul dan tepat serta sahkan dahulu sebelum ia dikongsi.
“Saya ingatkan juga bahawa menularkan fitnah dan berita palsu ini adalah sangat tidak bertanggungjawab dan boleh dikenakan tindakan undang-undang,” katanya.
Beliau turut berkongsi tangkap layar gambar memaparkan kononnya kenyataan kononnya dikeluarkannya.
Gambar tersebut mengandungi kenyataan berbunyi “saya meluluskan kewarganegaraan pendatang cina, itu hak saya rakyat tidak boleh pertikaikan, saya yang berkuasa bukan rakyat”.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

