Dua lelaki maut ditetak di Taman Sentosa

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

DUA lelaki warga tempatan masing-masing berusia 36 dan 38 tahun maut akibat ditetak sekumpulan lelaki di Taman Sentosa, Klang, malam tadi.

Video penuh kejadian TETAK: https://t.me/infoutusantv/9735?single

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Cha Hoong Fong berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 10.50 malam tadi.

Menurut beliau, hasil siasatan mendapati kejadian berlaku pada jam 10.20 malam di sebuah premis perniagaan di Jalan Hulubalang 28.

Katanya, dalam kejadian tersebut, beberapa orang suspek telah menetak kedua-kedua mangsa di premis tersebut.

“Ketika kejadian, seorang daripada mangsa melarikan diri dan disahkan meninggal dunia di dalam sebuah premis yang terletak 50 meter dari lokasi kejadian.

“Manakala, seorang lagi mangsa telah dibawa ke Hospital Pakar Sentosa dan disahkan meninggak dunia semasa tiba ke hospital,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, Hoong Fong berkata, mayat kedua-dua mangsa di bawa ke Hospital Tengku Ampuan untuk bedah siasat.

Katanya, kedua-dua mangsa mempunyai sekurang-kurangnya satu rekod jenayah lampau.

“Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan tekah membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh.

“Polis dalam usaha mengenal pasti suspek-suspek yang terlibat dan menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini hadir ke balai polis berhampiran,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Balogun jadi wira, AS mula langkah kanan

TUAN rumah bersama Piala Dunia 2026, Amerika Syarikat (AS) memulakan kempen bagi edisi temasya bola sepak terbesar dunia itu...

More Articles Like This