Ainon Mohd setuju hantaran diturunkan, kemuka permohonan maaf – JAKIM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PENGGUNA Facebook dengan nama akaun Ainon Mohd bersetuju supaya hantaran kontroversi yang dikaitkan dengan Nabi Muhammad SAW diturunkan daripada laman media sosial itu.

Ia selepas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengadakan pertemuan dengan wanita berkenaan yang turut disertai pegawai daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan Jabatan Mufti Negeri Selangor, hari ini.

JAKIM dalam hantaran di Facebook memaklumkan, Ainon Mohd juga bersetuju mengemukakan permohonan maaf serta berjanji tidak akan mengulangi perkara yang sama.

Pada masa sama, JAKIM memberitahu, wanita tersebut juga bersetuju untuk lebih berhati-hati dalam sebarang penulisan yang dihasilkan.

“JAKIM telah membuat teguran dan menggesa beliau menurunkan kenyataan tersebut seterusnya menasihati agar berhati-hati dalam memuat naik apa-apa kandungan berunsur Islam serta merujuk kepada pihak berautoriti bagi mengelakkan penyebaran maklumat tidak tepat,” katanya dalam hantaran tersebut.

Sehubungan itu, JAKIM turut menyeru semua pihak supaya tidak mencetuskan kekeliruan dan kegelisahan awam dengan menimbulkan apa-apa perkara yang boleh mencemarkan kemuliaan Nabi Muhammad sebagai utusan Allah SWT serta mengganggu keharmonian umat Islam di negara ini.

Baca artikel lain: Kaitkan Nabi Muhammad dengan kronisme, nepotisme: Polis terima 13 laporan, siasat akaun Ainon Mohd

“JAKIM menghargai setiap usaha yang dilakukan pemain industri penerbitan buku di Malaysia dalam memandaikan umat melalui medium tersebut dan sebagai salah satu medium dakwah.

“Walau bagaimanapun, JAKIM berharap agar semua pihak lebih berhati-hati dan tidak sewenang-wenangnya membuat sandaran kepada Nabi Muhammad SAW demi menjaga kesucian nama serta martabat baginda sebagai utusan Allah SWT,” katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilapor berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan terhadap seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama akaun Ainon Mohd yang didakwa memuat naik hantaran mengaitkan Nabi Muhammad SAW dengan amalan kronisme serta nepotisme.

Razarudin memaklumkan, sebanyak 13 laporan telah diterima di seluruh negara berhubung hantaran tersebut setakat malam tadi.

Sebelum ini, seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Ainon Mohd memuat naik hantaran di laman media sosial menyatakan bahawa demokrasi barat tidak mengamalkan nepotisme dan kronisme.

Dia berkata, sebagai ketua negara Islam Madinah, ‘nabi’ yang dipercayai merujuk kepada Nabi Muhammad SAW mengamalkan nepotisme dan kronisme.

Individu berkenaan turut memberikan contoh Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar sebagai mertua, Saidina Uthman dan Saidina Ali masing-masing menantu dan sepupu Nabi.

Wanita tersebut menyatakan dalam zaman ini, patutkah nepotisme dan kronisme diamalkan juga.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This