Keputusan pemilihan CEC DAP tiada kaitan kedudukan dalam Kabinet

Dari Penulis

KEPUTUSAN pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP semalam hanya melibatkan urusan dalaman parti dan tidak membabitkan kedudukan pemimpin parti itu dalam Kabinet Kerajaan MADANI.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata semua anggota Kabinet sedia ada dalam parti itu kekal, selain tiada rombakan yang akan dicadangkan parti susulan pemilihan CEC.

“Jadi Menteri atau Timbalan Menteri, sama ada mereka ahli CEC atau tidak pada waktu ini, mereka akan terus berkhidmat dengan jawatan sedia ada. Syor (pertukaran) datang daripada parti, tidak boleh daripada individu dan parti tidak syorkan apa-apa kecuali Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hendak buat perubahan.

“Kalau Perdana Menteri hendak buat rombakan sudah tentu beliau akan tanya pandangan parti juga. Saya selaku Setiausaha Agung DAP tidak akan membuat apa-apa cadangan kepada Perdana Menteri untuk membuat sebarang perubahan, ia adalah status quo,” katanya.

Baca artikel lain: PM ucap tahniah barisan kepimpinan baharu CEC DAP

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Menteri Pengangkutan bersama Pemimpin Masyarakat dan Majlis Berbuka Puasa yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun di Seremban hari ini.

Terdahulu, seramai 30 pemimpin dipilih menganggotai CEC DAP selepas tamat sesi pengundian yang dijalankan pada Kongres Kebangsaan DAP ke-18 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam, semalam.

Menteri Digital Gobind Singh Deo memperoleh undian tertinggi dengan 2,785 undi, diikuti Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen (2,631 undi) dan Ahli Parlimen Kulai merangkap Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching (2,585 undi).

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This