PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menerima kunjungan hormat daripada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin di pejabat beliau, hari ini.
Dalam hantaran di Facebook, Perdana Menteri memaklumkan, kunjungan hormat itu turut disertai suami Siti Nurhaliza iaitu Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa yang mewakili yayasan Nurjiwa.
Menurut Anwar, beliau telah membincangkan peranan penting yang boleh dimainkan oleh Siti Nurhaliza.
“Ia termasuk mendidik serta menjadi contoh teladan kepada para penghibur dan artis muda masa kini.
Baca artikel lain: PM Anwar sahkan pertahan jawatan Presiden PKR
“Kami turut menyentuh kepentingan kepelbagaian dalam persembahan seni agar sentiasa relevan dengan perubahan zaman dan kehendak generasi baharu,” katanya dalam hantaran itu hari ini.
November tahun lalu, Siti Nurhaliza telah dinobatkan sebagai Biduanita Negara selepas menerima Anugerah Khas Biduan Negara.
Penyanyi nombor satu negara itu menerima anugerah tersebut pada Anugerah Seni Negara (ASN) 2024.
Siti Nurhaliza merupakan individu keempat yang diberikan anugerah berprestij itu, selepas Allahyarham Saloma pada tahun 1978, Allahyarham Datuk Sharifah Aini pada 2006 dan Allahyarham Tan Sri SM Salim pada 2013.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

