Akaun WhatsApp Saifuddin digodam pihak tidak bertanggungjawab

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

AKAUN aplikasi WhatsApp milik Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dilapor telah digodam pihak yang tidak bertanggungjawab, hari ini.

Perkara itu dimaklumkan Pejabat Menteri Dalam Negeri dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, Pejabat Menteri Dalam Negeri telah pun membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.

Sehubungan itu, Pejabat Menteri Dalam Negeri mengingatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan panggilan atau mesej menerusi WhatsApp yang mengakui diri dan menyamar sebagai Saifuddin Nasution.

Baca artikel lain: Saifuddin Nasution lancar tiga batalion baharu PGA Sabah, Sarawak

“Ia terutama jika ada perkara yang melibatkan kewangan atau janji temu untuk berjumpa.

“Pihak kami amat kesan dengan tindakan penggodam yang tidak bertanggungjawab ini dan berharap agar masyarakat tidak mudah terpedaya dengan penipuan sebegini.

“Kami juga menasihatkan orang ramai agar lebih peka dengan sindiket penipuan melalui pelbagai aplikasi media sosial dan turut melaporkan tindakan penggodam-penggodam ini kepada pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan itu hari ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Korban bot karam selesai dikebumi, polis buru dalang penyeludupan migran

KESEMUA 27 jenazah warga Myanmar etnik Rohingya yang ditemukan dalam tragedi bot karam di perairan Langkawi selamat dikebumikan...

More Articles Like This