MALAYSIA dan Kuwait menzahirkan komitmen untuk memperkukuh hubungan dua hala dalam pelbagai bidang.
Perkara itu dinyatakan ketika pertemuan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Putera Mahkota Kuwait, Sheikh Sabah Al-Khaled Al-Hamad Al-Sabah, hari ini.
Perdana Menteri berkata, antara bidang perdagangan dan pelaburan yang diberi tumpuan antara Malaysia serta Kuwait adalah sektor minyak dan gas, pertahanan serta pendidikan.
“Pada masa sama, kedua-dua pihak juga turut menyentuh mengenai peluang kerjasama di peringkat serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.
Baca artikel lain: Malaysia-China senada terus tingkat kerjasama strategik
“Saya yakin hubungan erat sedia ada antara Malaysia dan Kuwait akan terus diperkasa ke tingkat yang lebih tinggi demi manfaat bersama kedua-dua negara, Insya-Allah,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.
Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang dianjurkan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025, bertemakan “Keterangkuman dan Kemampanan”, menghimpunkan pemimpin negara anggota untuk membincangkan isu serantau serta merangka hala tuju blok itu pada masa depan.
Turut akan berlangsung esok, ialah Sidang Kemuncak ASEAN-GCC ke-2 dan Sidang Kemuncak trilateral ASEAN-GCC-China yang julung-julung kali diadakan, mencerminkan usaha ASEAN memperkukuh kerjasama serantau dan antarabangsa.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

