PEJABAT Perdana Menteri (PMO) mengesahkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah menerima surat daripada Menteri Ekonomi serta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam.
Sehubungan itu, Perdana Menteri telah bersetuju untuk meluluskan permohonan cuti kedua-dua menteri berkenaan.
Bagaimanapun, Perdana Menteri tidak mengulas mengenai pengunduran diri mereka daripada menganggotai Kabinet dan sebarang keputusan akan dimaklum semula.
“Setelah meneliti permohonan tersebut, Perdana Menteri telah bersetuju meluluskan permohonan cuti kedua-dua menteri berkenaan.
Baca artikel lain: Negara anggota ASEAN ikrar perkukuh kerjasama serantau bagi keterjaminan ubat
“Sebarang keputusan lanjut terkait perkara ini akan dimaklumkan kemudian oleh Perdana Menteri,” kata PMO dalam kenyataan, malam ini.
Terdahulu, Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli serta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Anwar.
Peletakan jawatan dua individu terbabit susulan kegagalan mempertahankan jawatan masing-masing dalam pemilihan PKR, baru-baru ini.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

