SIDANG Kemuncak ASEAN Ke-46 yang dipengerusikan Malaysia berakhir Selasa lalu disifatkan sebagai persidangan paling substantif dalam sejarah blok serantau itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, persidangan itu disifatkan sebagai paling substantif bukan sahaja dari segi perbincangan, malah kenyataan bersama yang kukuh dan bermakna.
Pada masa sama, kata beliau, Deklarasi Kuala Lumpur mengenai ASEAN 2045 turut berjaya dimasyhurkan.
Perdana Menteri berkata, Deklarasi Kuala Lumpur itu melambangkan keupayaan Malaysia merencana pelan strategik 20 tahun ke hadapan bagi rantau ini pasca-2025.
“Alhamdulillah, Malaysia berjaya menganjurkan antara persidangan paling substantif dalam sejarah ASEAN bukan sahaja dari segi perbincangan, malah kenyataan bersama yang kukuh dan bermakna.
Baca artikel lain: ‘Aduh! Gagal lagi Manchester United menang piala’, PM ucap tahniah kemenangan ASEAN All-Stars
“Kita juga mencatat kemajuan besar dalam ekonomi digital, pelaburan hijau, keterangkuman sosial serta kerjasama serantau yang lebih tersusun bersama GCC dan China.
“ASEAN kini tampil lebih bersatu, berpaksikan rakyat dan bersedia melangkah dengan tekad yang segar,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.
Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 berakhir 27 Mei selepas beberapa siri pertemuan peringkat tinggi bertujuan memperkukuh kerjasama serantau dan perkongsian strategik.
Sepanjang dua hari, pemimpin ASEAN menyertai beberapa mesyuarat penting termasuk Sidang Kemuncak ASEAN-GCC ke-2, Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China pertama, dan Sidang Kemuncak Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) ke-16.
Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 dengan tema “Keterangkuman dan Kemampanan” menganjurkan Sidang Kemuncak ASEAN ke-46, menandakan kali kelima negara memegang jawatan pengerusi selepas 1977, 1997, 2005 dan 2015.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

