Akaun WhatsApp Saifuddin Nasution digodam guna VPN luar negara

Dari Penulis

AKAUN WhatsApp milik Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail digodam pihak tidak bertanggungjawab dipercayai menggunakan rangkaian persendirian maya (VPN) dari luar negara.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Bukit Aman Datuk Seri Muhammed Hasbullah Ali berkata selepas berjaya mengakses akaun WhatsApp berkenaan, suspek bertindak menghantar pautan URL kepada semua kenalan di aplikasi berkenaan.

“Setakat ini tiada mangsa dilaporkan mengalami kerugian. Tindakan pantas oleh pegawai-pegawai menteri yang melaporkan segera kejadian itu berjaya mengelakkan mana-mana individu terpedaya.

“Polis kini sedang giat menjalankan siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997,” katanya pada sidang media hari ini.

Isnin lepas, Pejabat Menteri Dalam Negeri memaklumkan akaun WhatsApp milik Saifuddin Nasution digodam pihak tidak bertanggungjawab dan perkara itu telah dilaporkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

Dalam perkembangan lain, Muhammed Hasbullah berkata polis berjaya menumpaskan sindiket penipuan telefon (phone scam) yang menyasarkan warga Jepun dalam serbuan di sebuah banglo tiga tingkat di Kajang, 13 Mei lepas.

Baca artikel lain: Akaun WhatsApp Saifuddin digodam pihak tidak bertanggungjawab

Beliau berkata serbuan yang dijalankan sepasukan pegawai dan anggota JSJK Bukit Aman itu turut menahan lapan individu melibatkan dua warga China dan enam warga Jepun berusia 23 hingga 56 tahun yang berperanan sebagai ejen pusat panggilan berkenan.

“Turut dirampas ialah tujuh unit iPad, sebuah komputer riba, sembilan telefon bimbit, sembilan modem, satu set skrip dan satu rangkai kunci dengan nilai rampasan dianggarkan sekitar RM25,000,” katanya sambil menambah serbuan dijalankan hasil risikan dan maklumat berkaitan kegiatan pusat panggilan penipuan itu.

Muhammed Hasbullah berkata siasatan awal mendapati sindiket yang beroperasi sejak dua bulan lepas itu menyamar sebagai Polis Osaka, Jepun untuk memperdaya mangsa.

“Sindiket akan menghantar pesanan ringkas (SMS) kepada mangsa kononnya polis telah menahan seorang individu terlibat kes penipuan dan menemui kad bank berdaftar atas nama mangsa. Mangsa kemudiannya akan dihubungi menggunakan panggilan suara kononnya bagi tujuan siasatan lanjut.

“Setelah terpedaya, mangsa akan diminta memberikan maklumat peribadi serta memindahkan sejumlah wang ke akaun yang dikawal sindiket. Setelah semua maklumat dan wang diperoleh, sindiket akan memutuskan komunikasi dan mangsa tidak lagi dapat menghubungi mereka,” katanya.

Beliau berkata dua suspek warga China telah didakwa mengikut Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1956/63 pada 22 Mei lepas, manakala enam suspek warga Jepun akan dituduh pada 3 Jun ini.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO berhak tentukan hala tuju sendiri menjelang pilihan raya – Asyraf Wajdi

UMNO menegaskan parti itu mempunyai hak mutlak untuk menentukan pendirian dan hala tuju politiknya sendiri menjelang mana-mana pilihan raya,...

More Articles Like This